Ranking terkini FIFA pasukan Harimau Malaya turun 12 anak tangga. Sebelum ini Malaysia di tangga ke-155.
Ranking terkini Harimau Malaya adalah 167. Dalam bulan Jun Malaysia hanya beraksi dalam kelayakan Piala Asia di mana skuad bimbingan Nelo Vingada tewas di tangan Lubnan.
Malaysia berkongsi kedudukan ke-162 dengan Belize. Singapura berada di tangga ke-165. Manakala pasukan Indonesia berjaya mengekalkan ranking ke-179.
Filipina menjadi pasukan terbaik Asia Tenggara di tangga ke-126. Thailand kedua terbaik di Asia Tenggara di ranking ke-131.
India terus cemerlang apabila naik ke kedudukan ke-96. Ini kali ke-3 berturut-turut India berada di 100 teratas.
Iran (23) naik ke kedudukan terbaik untuk Konfederasi Asia diikuti Australia (45).
Ranking keseluruhan, seperti dijangka Jerman memintas Brazil di tangga teratas. Ianya selepas Jerman menjuarai Piala Konfederasi 2017. Portugal memintas Chile untuk berada di ranking ke-4.
Nampaknya, kem kebangsaan ada kerja rumah yang banyak untuk memperbaiki aspek ranking ini.