Pengarah Sukan Schalke 04, Christian Heidel memberitahu kepada umum dalam chanel youtube rasmi kelab bahawa bintang 22 tahun mereka Leon Goretzka sah akan kekal di Schalke untuk musim hadapan.
Goretzka dikaitkan dengan beberapa kelab besar di Eropah termasuk Bayern Munich dan Arsenal. Goretzka antara pemain yang cemerlang dalam kempen Piala Konfederasi 2017 bersama Jerman.
Jika berterusan dengan aksi cemerlang beliau, pemain ini memiliki harapan yang cerah untuk menyertai skuad Piala Dunia 2018 Jerman.
Goretzka seorang pemain tengah yang memiliki keupayaan memberikan stabiliti kepada pasukan serta mampu menjaringkan gol.
Goretzka juga boleh beraksi sama ada sebagai pemain tengah pertahanan, pemain tengah serangan serta pemain sisi kanan.
Musim lalu beliau menjaringkan 10 gol dan 4 bantuan gol dalam semua pertandingan. Data whoscored menunjukkan pemain ini melakukan purata hantaran tepat sebanyak 79%.
Pihak Schalke 04 memberitahu, mereka tidak ada keperluan untuk menjual pemain tersebut buat masa ini. Mereka menyatakan yang Leon Goretzka adalah pemain penting di dalam perancangan pasukan untuk musim baru.
Heidel juga berkata:
“Jangan kata tawaran mewah dari Eropah, tawaran luar biasa dari China sekalipun kami akan tolak untuk mengekalkan pemain ini di dalam skuad.”
“Kita (Schalke 04) sudah pastinya akan melalui musim hadapan bersama Leon (Goretzka)”
“Dia mungkin pemain paling penting untuk kita. Tidak ada alasan untuk kami lepaskan beliau buat masa ini.”
Sumber: