Alex Sandro Dijangka Menandatangani Kontrak Lanjutan Di Juventus, Tutup Peluang Ke Chelsea

Bek kiri Juventus, Alex Sandro antara pemain yang dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge dalam jendela perpindahan kali ini.

Beberapa laporan akhbar di UK menyatakan Chelsea sedia membayar £61 juta untuk pemain yang sesuai dengan sistem 3-4-3 Antonio Conte di kelab London tersebut.

Namun satu perkhabaran yang kurang enak untuk didengar oleh Chelsea apabila Alex Sandro dikatakan bersedia menandatangani kontrak lanjutan di Juventus yang membolehkan beliau menerima gaji £93,000 seminggu.

Tawaran kontrak itu akan menjadikan Alex Sandro sebagai pemain ke-3 tertinggi gaji di Juventus di belakang Dybala dan Higuain.

Badan pengurusan tertinggi Juventus diketuai Bepe Moratta sudah bertemu dengan Massimiliano Allegri dan mahukan pengurus tersebut menawarkan kontrak baru kepada Alex Sandro.

can – c – Torino 12.09.15 – Serie A 3a giornata – Juventus-Chievo Nella foto : Alex Sandro – Juventus

Ini sekaligus menutup peluang Alex Sandro keluar dari Juventus. Juventus sebelum ini giat dikaitkan dengan pemain sayap Bayern Munich, Douglas Costa.

Tetapi kini mereka mungkin akan melupakannya kerana mahu menggunakan dana yang ada dilaburkan dalam kontrak baru Alex Sandro.

Juventus dijangka akan mencari pemain lain yang lebih murah daripada Douglas Costa.

Jika hal ini berlaku, ia sudah pasti akan mengecewakan Antonio Conte kerana polisi perpindahan pemain di Chelsea kali ini dilihat agak lambat untuk bertindak dalam mendapatkan sasaran utama perpindahan.

Setakat ini, Conte masih belum mendapatkan pemain baru di di dalam kem beliau.

Sunday Express menyatakan, ia menjadi salah satu sebab kenapa Antonio Conte masih belum menandatangani kontrak lanjutan bernilai £9.6 juta semusim yang ditawarkan Chelsea.

Sumber:

Sunday Express – http://www.express.co.uk/sport/football/823407/Alex-Sandro-Chelsea-Juventus-Antonio-Conte-Premier-League-Transfer-News-Rumours-Gossip

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN