Kedah FA Nafi Terpalit Tunggakan Pembayaran Gaji, Mahu Pemain Fokus Saingan Liga Malaysia

Baru-baru ini timbul cakap-cakap di media sosial bahawa Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memiliki hutang dengan pemain-pemain yang membabitkan tunggakan gaji pada bulan Jun 2017.

KFA menafikan sekeras-kerasnya bahawa persatuan itu turut terpalit dalam permasalahan pembayaran gaji dan memiliki hutang tertunggak terhadap para pemainnya.

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh persatuan tersbut dalam satu siaran media oleh Setiausaha Kehormat KFA, Dato’ Aminuddin Omar (gambar bawah) pada awal pagi tadi.

Kredit: mStar Online

Siaran media yang turut dimuatnaik ke dalam akaun media sosial rasmi Facebook KFA itu turut menggariskan 6 perkara bagi menjawab tomahan pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Antaranya ialah bahawasanya pihak persatuan sentiasa berkomitmen untuk menjaga kebajikan pemain berdasarkan persetujuan yang termaktub di dalam kontrak setiap pemain.

Ini bermakna, persatuan tersebut bertanggungjawab untuk melakukan pembayaran gaji kepada pemain dilakukan mengikut kontrak dan pada masa yang telah ditetapkan.

Oleh kerana itu, tiada tunggakan gaji mahupun pembayaran bonus perlawanan dari pihak KFA kepada mana-mana pemain yeng bernaung di bawah persatuan itu buat masa ini termasuklah untuk bulan Jun 2017 seperti yang didakwa.

Photo by: Safwan Rozi | Asiana.my

Kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa keutamaan pihak persatuan ialah untuk memastikan pemain mempunyai fokus untuk mempamerkan aksi terbaik ketika perlawanan.

Oleh itu ia adalah tanggungjawab pihak persatuan agar sentiasa perihatin terhadap isu kebajikan pemain di bawah naungannya.

Sehubungan dengan itu, KFA berharap penjelasan dan kenyataan tersebut dapat menghentikan serta menjawab isu penularan yang mendakwa persatuan terpalit dengan masalah kewangan sehingga tidak mampu membayar gaji pemain.

Penafian ini adalah satu langkah penting daripada KFA untuk memastikan pemain-pemainnya sentiasa meletakkan keutamaan dan fokus mereka kepada saingan Liga Malaysia musim 2017.

Kredit: Facebook, Kedah FA -Persatuan Bola Sepak Kedah-

KFA turut berjanji akan sentiasa mencari jalan terbaik untuk tujuan penambahbaikan pengurusan pasukan agar skuad yang sinonim dengan jolokan Lang Merah ini terus berjaya di masa hadapan.

Untuk rekod, kenyataan media ini dikeluarkan pada awal pagi tadi dan pada ketika Kedah tewas 2-3 kepada pasukan Perak TBG di Stadium Darul Aman dalam saingan Liga Super 2017.

Kedah kini menduduki tangga ke-3 Liga Super selepas 14 perlawanan, ketinggalan dengan pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan hanya 9 mata.

Sumber:

1. Kedah FA, FAcebook (2017): https://www.facebook.com/kedahfa.my/posts/1594009060631565:0

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN