Sumpahan Kepala Khinzir Jersi No.10 Real Madrid, Apakah Nasib Pemakainya Selepas Luis Figo?

Luis Figo merupakan anggota Galaticos pertama yang menyarung jersi No.10 Real Madrid setelah melengkapkan perpindahan dari Barcelona pada tahun 2000.

Perpindahan ini merupakan antara perpindahan penuh kontroversi dalam bola sepak moden, mengambil kira perseteruan di antara Barcelona dan Real Madrid dalam saingan La Liga, Sepanyol.

(Photo by Mike Egerton/EMPICS via Getty Images)

Kedatangan Luis Figo juga merupakan permulaan era ‘Galaticos’ apabila Real Madrid turut mendapatkan pemain-pemain lain seperti Zinedine Zidane, Ronaldo, David Beckham dan juga Jonathan Woodgate.

Warga Catalonia secara terang-terangan menunjukkan kemarahan mereka atas perpindahan ini.

Dalam kunjungan pertama Luis Figo ke Nou Camp bersama Real Madrid, beliau telah dibaling dengan kepala khinzir oleh penyokong Barcelona.

Sebelum itu, Figo sinonim dengan jersi No.7 ketika beraksi bersama Barcelona dan juga Portugal.

Beliau kemudiannya diberikan jersi No.10 di Estadio Santiago Barnabeu, memenangi 2 kejuaraan La Liga dan UEFA Champions League (UCL) sebelum berhijrah ke Inter Milan pada tahun 2005.

(Photo credit should read CHRISTOPHE SIMON/AFP/Getty Images)

Sekarang penyokong Real Madrid mempercayai jersi No,10 pasukan itu telah disumpah dengan kutuk kepala khinzir- Adakah ini dendam kesumat penyokong Barcelona?

Perkara ini semakin menjadi kepercayaan penyokong Real madrid apabila pemakai jersi No.10 terkini, James Rodriguez dijangka akan berpindah dan dilabel sebagai pemain yang gagal sejak pemergian Luis Figo.

Kita singkap kesemua 5 pemain yang memakai jersi No.10 sejak jersi itu dipercayai dijatuhkan sumpahan pada era Luis Figo.

1. Robinho

Pemain pertama yang menyarung jersi No.10 selepas perpindahan Luis Figo ialah Robinho.

Robinho menyertai Real Madrid pada tahun 2005 daripada Santos, dicanang sebagai satu lagi bakat luar biasa daripada Brazil.

Tidak hairan sekiranya ramai menyamakan Robinho dengan Pele memandangkan kedua-duanya pernah beraksi untuk Santos.

(Photo by Jasper Juinen/Getty Images)

Namun begitu, Robinho gagal memberikan persembahan yang konsisten ketika bersama Real Madrid untuk membuatkan dia kekal lama dengan jersi No.10 Los Blancos.

Walaupun Robinho mempunyai saat dan kenangan yang bagus ketika berada dalam prestasinya, kehadiran Robinho bersama Real Madrid pasti diingati dengan cubaan beliau untuk bergaduh dengan Thomas Gravesen tanpa sebab yang diketahui.

Akhirnya Robinho berpindah menyertai revolusi Arab di Manchester City pada musim panas 2008. Robinho tampil sebanyak 101 kali dan menjaringkan hanya 25 gol sepanjang bersama Madrid.

2. Wesley Sneijder

Wesley Sneijder dianggap antara pemain No.10 paling lengkap di dunia ketika bersama Ajax dan juga skuad kebangsaan Belanda.

Sneijder menyertai Real Madrid pada ketika era ‘Galaticos’ terdahulu menuju ke penghujung, dan Real Madrid berada dalam proses untuk membina kembali barisan pemainnya.

Prestasi pasukan secara keseluruhannya dianggap mendatar walaupun mereka menjuarai La Liga pada musim 2007/2008 dan muncul naib juara untuk dua musim seterusnya.

(Photo by Denis Doyle/Getty Images)

Jelas pasukan yang mempunyai status seperti Real Madrid hanya mengimpikan yang terbaik. Sneijder turut dilaporkan gagal menyesuaikan diri dengan kehidupan di Madrid.

Sneijder sendiri mengaku beliau sering kali keluar malam untuk melepaskan diri dari tekanan ketika bermain untuk Real Madrid. Namun semua itu memburukkan lagi keadaan.

Sneijder akhirnya berpindah ke Inter Milan selepas hanya dua musim di Estadio Santiago Barnabeu.

3. Lassana Diarra

Lassana Diarra adalah pemain yang mempunyai corak permainan yang kemas, namun sumbangannya kurang mendapat perhargaan pada ketika prestasinya sedang memuncak.

Bekas pemain Chelsea, Arsenal dan Portsmouth bukanlah pemain No.10 yang tipikal dan tidak dilihat akan menjadi bintang terkenal seperti ‘Galaticos’ yang lain.

Jersi No.10 bukanlah pilihan Diarra. Beliau lebih selesa dengan jersi No.6 namun terpaksa memberi laluan kepada Mahamadou Diarra yang kembali dari kecederaan.

(Photo by David R. Anchuelo/Real Madrid via Getty Images)

Kedatangan Diarra ke Estadio Santiago Barnabeu lebih kepada usaha Real Madrid untuk mencari pemain seiras Claude Makalele.

Namun demikian, jelas Lassana Diarra bukanlah Claude Mekelele yang mereka cari.

Setelah lebih 2 musim daripada 3 musim keseluruhan masa Lassana Diara di Madrid dikaitkan dengan perpindahannya, akhirnya beliau memilih menyertai Anzhi Makhachkala pada permulaan musim 2012.

4. Mesut Ozil

Persembahan cemerlangnya dalam Kejohanan Piala Dunia 2010 meyakinkan Real Madrid untuk mengejar bintang muda Jerman ini pada masa itu.

Malah Wayne Rooney sendiri menggesa Sir Alex Ferguson untuk membawa Ozil ke Old Trafford, namun Real Madrid jelas pasukan yang akan menjadi pilihan setiap pemain.

(Photo by Victor Carretero/Real Madrid via Getty Images)

Mesut Ozil adalah antara pemain yang digemari oleh penyokong Los Blancos ketika bersama Real Madrid. Namun demikian, Ozil tidak pernah menjadi pemain yang ramai harapkan.

Beliau sering hilang dalam perlawanan besar. Ozil turut dikaitkan dengan masalah disiplin ketika bersama Real Madrid.

Akhirnya, Ozil dijual ke Arsenal pada tahun 2013 untuk membolehkan Real Madrid membawa masuk bintang Wales, Gareth Bale.

5. James Rodriguez

Setelah menamatkan kempen Piala Dunia 2014 di Brazil sebagai penjaring terbanyak kejohanan, bintang Columbia ini tiba di Real Madrid dengan reputasi hebat.

Ketika diperkenalkan kepada penyokong Los Blancos, James Rodriguez menyifatkan perpindahannya ke Estadio Santiago Barnabeu sebagai impian yang menjadi kenyataan.

Perpindahan bernilai €80 juta dari Monaco pada musim panas 2014 menjadikan Rodriguez sebagai ‘Galaticos’ baharu dan lantas diberikan jersi No.10.

(Photo by fotopress/Getty Images)

Ramai menyamakan Rodriguez dengan bekas bintang No.10 Real Madrid yang lain seperti Luis Figo dan juga Ferenc Puskas.

Namun demikian, sebaliknya yang berlaku. Semua impian dan persamaan yang diberikan tidak berlaku buat pemain berusia 25 tahun ini.

Pada musim panas ini, nama James Rodriguez adalah antara nama yang disebut akan meninggalkan Estadio Santiago Barnebue.

Tumpuan Los Blancos kini adalah untuk membawa masuk Kylian Mbappe sebagai pengganti.

Rumusan

Apakah sebenarnya yang berlaku kepada pemakai jersi No.10 di Real Madrid selepas Luis Figo? Apakah benar jersi No.10 tersebut telah dikenakan sumpahan dan kutuk penyokong Barcelona?

Atau dengan kata lain, adakah ia terkena sumpahan kepala khinzir?

Sumber:

1. Ruben Jimenez, MARCA (2017): Can James conquer curse of Real Madrid no. 10 shirt;
http://www.marca.com/en/football/real-madrid/2016/03/17/56eb06bd22601d73628b45af.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN