Ahmed Musa Kongsi Gambar Hari Raya Dengan Peminat

Ahmed Musa adalah pemain yang berasal dari Nigeria. Beliau kini sedang beraksi dengan Leicester City di England.

Sempena Hari Raya tahun ini, Ahmed Musa telah berkongsi dengan peminat beliau Hari Raya beliau di kampung halamannya.

Ahmed Musa kelihatan segak dengan mengenakan persalinan baju Raya berwarna biru. Beliau mengerjakan solat sunat aidilfitri dengan masyarakat sekampung dengan beliau.

Dalam instagaram beliau, Ahmed Musa berkata:

“Selamat Hari Raya Aidil Fitri, semoga selepas ini saya akan menjadi saksi kepada lebih banyak perkara di dalam hidup ini.”

“Semoga Allah Maha Besar menerima puasa kita semua sebagai sebahagian daripada ibadah.”

Ahmed Musa antara beberapa pemain EPL yang diberikan perlepasan oleh kelab mereka untuk pulang bercuti di Hari Raya.

Ada beberapa pemain yang masih bersama kelab dalam latihan pra musim dan selepas ini mereka biasanya akan menjelajah ke beberapa tempat untuk jelajah pra musim.

Antara pemain yang pulang berhari Raya adalah Ilkay Gundongan yang masih bercuti. Ini kerana beliau dalam proses pemulihan kecederaan ACL beliau.

Gundongan berkongsi gambar menarik masjid tempat beliau menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Kepada semua pembaca kami yang beragama Islam, kami ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN