PSG Pernah Menutup Pintu Untuk Griezmann Satu Ketika Dahulu

Sebelum ini bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann menyatakan yang beliau akan kekal di Atletico Madrid pada musim hadapan.

Namun pasukan PSG tetap berusaha mahukan pemain itu di dalam skuad mereka dalam masa terdekat ini ataupun pada musim yang mendatang.

Bercerita tentang PSG dan Griezmann, sebenarnya PSG berpeluang untuk memiliki Griezmann di dalam pasukan mereka jauh lebih awal daripada pasukan lain jika mereka mahu sebelum ini.

Pemain ini mendedahkan bahawa beliau pernah beberapa kali memohon untuk menyertai akademi PSG ketika usia remaja namun usaha itu sia-sia.

PSG enggan menolak kesmeua pemohonan Griezmann selepas melihat pemain itu terlalu kecil.

Bukan sahaja PSG, malah banyak lagi kelab besar yang lain di Perancis termasuk Lyon yang menolak permohonan Griezmann ketika itu.

Griezmann beraksi bersama pasukan akademi yang kecil di Perancis iaitu Macon dan kemudian ke Maconnais. Tidak lama selepas itu barulah beliau menyertai pasukan remaja Real Sociedad di Perancis.

Aksi cemerlang beliau membuatkan Griezmann dipromosi ke pasukan utama Sociedad pada 2009. 5 tahun kemudian Griezmann menarik perhatian Atletico dan menyertai kelab tersebut.

Jentera serangan Atletico Madrid.

Ketika di Atletic, Griezmann menjadi salah seorang penggempur terbaik di Eropah. Beliau juga menjadi pemain penting dalam skuad Piala Eropah Perancis 2016.

Hari ini Griezmann dikaitkan dengan banyak pasukan besar di dunia termasuk, Real Madrid, Manchester United, PSG dan banyak lagi.

Siapa sangka daripada ‘barang reject’ oleh akademi, pada 2016, beliau berada dalam senarai 3 pemain terbaik dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN