Wayne Rooney berhadapan dengan risiko untuk berada di bangku pemain simpanan pada musim hadapan jika tiada kelab mampu untuk membayar gaji penyerang antarabangsa England itu.
Kini gaji £300,000 seminggu Wayne Rooney membuatkan kebanyakkan kelab tidak ingin meneruskan niat mereka untuk mendapatkan Rooney.
Manchester United turut tidak mahu untuk melepaskan Wayne Rooney begitu sahaja dan mahukan yuran perpindahan hasil penjualan pemain tersebut.
Wayne Rooney dilaporkan masih memiliki kontrak berbaki semusim dengan pilihan smbungan semusim lagi bersama Manchester United.
Sebelum ini Ronald Koeman (gambar bawah) mengumumkan secara terbuka bahawa beliau berminat untuk membawa Wayne Rooney kembali ke Everton.
Bagaimanapun, kelab yang mendapat jolokan ‘The Toffees’ itu tidak meneruskan niat Koeman. Everton kemudiannya menandatangani pemain Belanda Davy Klaassen dan dilaporkan sedang berusaha untuk mendapatkan Gylfi Sigurdsson.
Sebelum ini terdapat ura-ura Rooney akan ke China untuk aksi di Liga Super China.
Namun begitu, sehingga kini tidak ada tawaran dari China selepas kerajaannya mengenakan cukai sebanyak 100% terhadap kelab yang membawa masuk pemain asing.
Langkah kerajaan China mengenakan cukai sebanyak 100% adalah kerana mereka tidak menggalakkan pembelian pemain daripada luar,
Kerajaan China menggalakkan kelab menggunakan bakat muda tempatan di kalangan pasukan yang bertanding di Liga China. Perkara ini adalah seiring dengan aspirasi 2050 negara berkenaan untuk tampil sebagai kuasa bola dunia.
Rooney dan isterinya Coleen juga dilaporkan tidak berapa pasti dengan idea membawa anak-anaknya untuk berhijrah ke persekitaran yang baharu.
Rooney, 31 tahun kini terbuka untuk menerima cadangan tawaran daripada kelab lain untuk memastikan beliau beraksi secukupnya menjelan Piala Dunia 2018 di Rusia.
Beliau sering kelihatan berada di bangku pemain simpanan sejak kedatangan Jose Mourinho.
Rooney hanya boleh menyalahkan dirinya sendiri. Ketidaktentuan prestasi turut menyebabkan Rooney tidak dipanggil oleh Gareth Southgate dalam tugasan antarabangsa skuad England baru-baru ini.
Wayne Rooney merasakan dirinya masih mampu untuk bermain bola sepak di peringkat tertinggi.
Buat masa ini, Wayne Rooney sudah memulai mempersiapkan dirinya dari segi kecergasan untuk membuktikan kebolehannya menjelang latihan pra musim pada bulan hadapan.
Sumber:
1. DAVID ANDERSON, Daily Mirror (2017): Wayne Rooney struggling to find a new club with suitors unwilling to meet transfer fee or salary demands;
http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/wayne-rooney-struggling-find-new-10677435