Sejak azali, ciri bola sepak England adalah permainan yang laju dan penggunaan fizikal yang cukup banyak.
Bagi sesetengah pemain yang bermain di England mungkin sukar kerana permainan fizikal sering digunakan.
Namun seiring dengan masa dan lambakan pengurus luar, ciri bola sepak England terutamanya di Premier League semakin terhakis.
Baiklah, siapa masih ingat lagi Robinho? Pemain yang diharapkan bakal menjadi bintang hebat dunia namun entah mengapa kelibat beliau tidak berapa menjadi.
Beliau merupakan antara pemain terawal yang menyertai revolusi baharu Manchester City, bersama-sama pemain seperti Jo dan juga Elano.
Jo telah membuka satu cerita lucu baru-bau ini ketika Robinho pertama kali bermain di Premier League menentang Portsmouth.
“Saya masih ingat ketika perlawanan pertama Robinho di Premier League menentang Portsmouth, Robinho terkejut melihat saiz pemain Portsmouth.”
“Ketika itu kami berada di terowong terdapat pertahanan seperti Sylvain Distin dan Sol Campbell serta pemain tengah Bouba Diop turut ada. Malah penyerang Peter Crouch juga ada.”
“Ia diibaratkan seperti pasukan yang dianggotai oleh gergasi!”
“Robinho pandang kepada saya kemudian berkata, ‘Celaka! Kita nak lawan pasukan ragbi ke Jo?’. Dan beliau gelak!”
“Saya balas, ‘ya kawan. Selamat datang ke Premier League!”
Kini selepas 9 tahun berlalu dari perisitiwa itu, Robinho tidak lagi beraksi di Premier League dan Portsmouth sudah jauh dari liga tertinggi itu sendiri.
Ah indahnya masa lalu!
Sumber:
- Balls (2017): Jo Recalls The Moment Robinho Realised How Physical Premier League Can Be; https://www.balls.ie/football/robinho-man-city-portsmouth-367623