Juara Dunia Jerman akan berhadapan dengan Juara Amerika Selatan Chile. Ia antara perlawanan tumpuan dalam kejohanan kali ini.
Prestasi semasa
Jerman menang 3-2 ke atas Australia dalam perlawanan pertama mereka. Namun persembahan separuh masa kedua Jerman sedikit ‘menyeramkan’ peminat mereka.
Chile memerlukan inspirasi Sanchez untuk mengatasi Cameroon dalam perlawanan pertama. Perlawanan yang menyaksikan 2 kali gol Vargas diadili dengan VAR.
Perkembangan pasukan
Joachim Loew dijangka akan menggunakan Emre Can di bahagian tengah. Jerman hanya ada 1 masalah kecederaan iaitu Diego Demme.
Loew tidak memberikan jaminan untuk melakukan rombakan skuad pada kali ini.
Chile pastinya lega dengan aksi Sanchez tempoh hari. Ia membuktikan pemain tersebut sudah cukup bersedia untuk perlawanan kali ini.
Skuad Chile dilaporkan cergas sepenuhnya untuk menghadapi pasukan Jerman.
Tiada isu penggantungan untuk kedua-dua pasukan menjelang perlawanan ini.
Rekod pertemuan
3 perlawanan kompetitif (tidak termasuk persahabatan) terakhir melibatkan 2 pasukan ini, kesemuanya dalam Piala Dunia. Jerman menang kesemua pertembungan tersebut.
Kali terakhir 2 pasukan ini bertemu pada perlawanan persahabatan 2014. Jerman menang 1-0 hasil jaringan Mario Gotze.
Fakta perlawanan
– Vidal akan berhadapan dengan rakan sepasukan di kelab iaitu Kimmich dan 2 rakan baru beliau, Niklas Sule dan Sebastian Rudy
– Mustafi akan berhadapan dengan Alexis Sanchez malam ini. Ia bukan tugas mudah
– Jerman telah menjaringkan 39 gol dalam 9 perlawanan terakhir di Piala Konfederasi. Purat 4.3 gol per perlawanan. Itu sangat tinggi!
– Chile menjadi pasukan ke-6 dari Amerika Latin yang pernah bermain dalam Piala Konfederasi
– Ini adalah perlawanan ke-100 Loew bersama Jerman
– Chile hanya tewas sekali daripada 14 perlawanan (untuk tempoh 90 minit) dalam kejohanan utama
Pemain tumpuan
Alexis Sanchez (Chile)
Siapa lagi yang berhak diberikan perhatian lebih daripada beliau kali ini.
Julian Draxler (Jerman)
Diberikan kepercayaan sebagai kapten pasukan. Jerman memerlukan sumber kreativiti ini beroperasi sebaik mungkin.
Sebelum Wisel
Kedua-dua pasukan pastinya mahu mengelakkan dari kalah dalam perlawanan ini. Pada masa yang sama, kami berpendapat kedua-duanya ada potensi yang hampir seimbang untuk menang.
Jerman menggunakan 2 formasi asas dalam perlawanan pertama. Ini agak menarik untuk melihat sama ada mereka akan menggunakan bek bertiga dalam perlawanan ini?
Bek bertiga mereka tempoh hari nampak rapuh dan lebih terdedah kepada ancaman.
Chile terkial-kial mencari rentak ketika menentang Cameroon. Jurulatih mereka sudah menggariskan isu kelajuan di dalam permainan mereka.
Jadi, sama-sama kita tunggu perubahan pelan taktikal pada pasukan Chile.
Ramalan SemuanyaBOLA Jerman vs Chile
Gary Hardin – 1-2
Axello – 3-1
Faiez – 2-0
Meor Syamim – 2-1
Loqman Izzad – 2-1
Bagaimana pula dengan ramalan anda? Kongsikan dengan kami!