Kami senaraikan 5 Perkara Dari Kemenangan 1-0, Portugal ke atas Russia dalam perlawanan ke-2 kumpulan A, Piala Konfederasi 2017.
1. Ronaldo pemain istimewa
Ronaldo terus memberikan impak dalam pasukan Portugal. Beliau menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-8.
Beliau mendapat 1 peluang keemasan selepas itu, namun gagal menyempurnakannya. Apa yang pasti, Ronaldo sentiasa menjadi pemain yang akan memberikan sesuatu kepada pasukan beliau.
Inilah kemenangan pertama Portugal di bumi Russia setelah 5 kali mencuba.
Kapten Ron!
2. Russia hilang karakter
Mana karakter mereka seperti perlawanan pertama? Segalanya serba tidak menjadi.
Mujulah Akinfeev melakukan beberapa aksi menyelamat yang hebat untuk mengelakkan mereka ‘game over’ lebih awal.
Russia bermasalah dalam melancarkan pelan serangan di kawasan blok tinggi. Pemain mereka kerap hilang bola dengan mudah pada fasa mereka mahu melakukan hantaran dan cubaan akhir.
Banyak juga keputusan yang diambil pemain Russia membuatkan jurulatih mereka berang.
3. Penggiliran pemain Fernando Santos
Santos merehatkan beberapa pemain mereka daripada perlawanan pertama. Antaranya Quaresma dan Nani.
Ternyata pemain seperti Bernardo Silva dan Bruno Alves memberikan tambahan kualiti kepada skuad ini. Andre Silva mendapat beberapa peluang namun gagal menyudahkannya.
Dengan ini, Portugal akan mendapat skuad yang lebih cergas untuk perlawanan terakhir mereka.
4. Disiplin Portugal
Pemain mereka tahu cara mempertahankan gol tunggal di dalam perlawanan ini. Ada kerisauan mereka akan melepaskan gol penyamaan seperti sebelum ini.
Namun ternyata mereka bertahan lebih baik kali ini. Pemain kekal kompak di kawasan pertahanan dan berkesan meneutralkan ancaman lawan.
Cuma mereka jelas tidak ada pelan serangan balas yang lebih tajam pada separuh masa kedua.
5. Akinfeev
Dalam penampilan ke-100 beliau, Akinfeev sebenarnya pemain terbaik di dalam padang untuk Russia.
Beliau melakukan 5 aksi menyelamat (saves) di dalam perlawanan ini.
Malangnya bahagian serangan Russia gagal melakukan sebarang cubaan tepat. 3 cubaan gol 0 cubaan tepat.
Rumusan
Portugal kini dalam landasan terbaik untuk mara. Perlawanan terakhir mereka adalah menentang pasukan yang dianggap paling lemah dalam kumpulan ini iaitu New Zealand.
Russia akan berhadapan dengan pasukan yang berjiwa besar, Mexico.