Russia menang dalam perlawanan pertama mereka. Dalam bola sepak, biasanya 6 mata adalah angka yang membuatkan sesebuah pasukan itu sudah sebelah kaki ke pusingan kalah mati.
Dalam kes ini, Russia ada kelebihan itu. Manakala Portugal perlu menang dalam perlawanan ini. Kalah adalah perkara yang harus dielakkan sama sekali oleh Portugal.
Prestasi semasa
Russia menang ke atas New Zealand dalam perlawanan pertama mereka. Russia jelas pasukan yang penuh dengan keyakinan di hadapan penyokong mereka sendiri.
Portugal hampir menang ke atas Mexico. Namun melepaskan 3 mata pada masa kecederaan. Portugal agak bergelut dengan taktikal yang agak rigid dan berpaksi kepada Ronaldo.
Perkembangan pasukan
Fernando Santos memberitahu yang beliau akan menggunakan sistem penggiliran skuad. Namun nampak gayanya, Santos mungkin hanya dapat menggilirkan atau merehatkan pemain pada perlawanan terakhir menentang New Zealand selepas ini.
Ini kerana, mereka perlu menang dalam perlawanan ini. Santos menggariskan isu ‘pace’ yang dihadapi oleh pasukan Portugal ketika menentang Mexico.
Adakah ini bermaksud pemain seperti Gelson Martin akan diturunkan dalam kesebelasan utama?
Russia jelas sekali akan cuba mengekalkan pasukan terbaik mereka seperti dalam perlawanan pertama mereka menentang New Zealand.
Rekod pertemuan
Sebelum ini Russia berhadapan dengan Portugal selama 3 kali di Moscow dan 4 kali secara keseluruhannya di Russia.
Boleh dikatakan dalam semua perlawanan tesebut Portugal menjadi pasukan pilihan termasuk kali ini.
Namun begitu, 3 daripada 4 perlawanan dimenangi Russia tanpa melepaskan sebarang bolos. Nampak gayanya, Russia tempat yang sukar untuk Portugal.
Fakta perlawanan
– Igor Akinfeev akan meraikan kaps ke-100 beliau sebagai no.1 di Russia.
– Andre Gomes dan Andrien Silva kini hanya dipisahkan dari 1 kad kuning sahaja daripada penggantungan 1 perlawanan
– Russia tidak ada masalah dengan sebarang kad kuning dalam perlawanan pertama
– 4 perlawanan terakhir Russia menentang Portugal di Russia menyaksikan Russia menang 3 kali dan seri sekali tanpa melepaskan sebarang bolos.
Pemain tumpuan
Yuri Zhirkov (Russsia)
Bekas pertahanan Chelsea ini ternyata menjadi pemimpin yang hebat dalam perlawanan pertama mereka. Zhirkov memberikan dimensi yang tersendiri kepada Russia dengan pengalaman yang ada pada beliau.
Andre Silva (Portugal)
Silva akan menjadi pemain yang penting untuk membantu Ronaldo di bahagian serangan. Pemain yang memiliki penyudah yang klinikal.
Sebelum wisel
Ini adalah perlawanan yang istimewa untuk Akinfeev yang menjadi antara pemain paling konsisten dalam sejarah bola sepak Russia.
Inspirasi Ronaldo diperlukan sekali lagi di dalam perlawanan ini. Portugal memiliki ramai pemain berbakat di dalam pasukan mereka.
Kami mengharapkan bola sepak yang lebih fluid daripada Portugal kali ini. Namun harus diakui, Portugal memiliki kemampuan dan tahu cara menjaringkan gol walaupun mereka kurang bola.
Ramalan semuanyaBOLA – Russia vs Portugal
Avid – 0-1, Axello – 2-1, Gary Hardin – 0-3, Loqman Izzad – 1-2, Meor Symamim – 1-1, Faiez & Nazreen Izahar – 1-1.
Sekarang kongsikan pula ramalan anda di ruangan komen.