Adakah bola sepak akan berevolusi lagi pada masa hadapan?
Baru-baru ini, terdapat sebuah perbincangan untuk mengubah lagi struktur bola sepak untuk menjadikan permainan ini terus relevan.
Pihak International Football Association Board (IFAB) dikatakan sedang membincangkan kebarangkalian untuk menjadikan perlawanan bola sepak dari 90 minit kepada 60 minit sahaja.
Jika perubahan ini berjaya, maka setiap separuh masa akan dilangsungkan dalam tempoh masa 30 minit sahaja.
Selain itu, IFAB juga telah menggariskan beberapa lagi perubahan yang dicadangkan:
- Jika penalti tidak berjaya disempurnakan seperti diselamatkan penjaga gol, sepakan gol akan diberikan selepas itu
- Jam di stadium akan seiring dengan jam pengadil
- Bola boleh dihantar kepada diri sendiri atau dibawa terus oleh pemain ketika sepakan percuma
Tapi kenapa perkara ini dilakukan?
Ia adalah untuk memastikan kualiti permainan bola sepak akan terus dijaga. Hal ini kerana, IFAB komited untuk memastikan isu dalam padang dapat diselesaikan. Antaranya:
- Meningkatkan rasa hormat pemain dan sikap mereka
- Meningkatkan masa bermain
- Meningkatkan keadilan dan daya penarik terhadap permainan
Sebab utama mengapa mereka mencadangkan agar permainan bola sepak dilangsungkan dalam jangka masa 90 minit sahaja adalah kerana isu pasukan yang gemar membuang masa ketika perlawanan.
Cadangan tersebut mungkin sedikit radikal, tetapi bagi sesetengah pihak ia adalah cadangan yang baik.
Bagi Gianfranco Zola, ia adalah perlu bagi ‘menghukum’ pasukan yang gemar membuang masa.
“Secara peribadi, saya gemarkan peraturan ini. Hal ini kerana tak banyak pasukan boleh ambil kesempatan jika peraturan baharu dilaksanakan.”
“Bola sepak merupakan permainan yang pantas. Saya mungkin tak berapa suka dengan beberapa perubahan tetapi yang ini saya suka.”
Bagi Petr Cech, dengan dimansuhkan 25 minit di setiap separuh masa maka peminat boleh menyaksikan perlawanan bola sepak yang lebih baik!
Tetapi apa gantinya jika peraturan 60 minit dilaksanakan?
Masa permainan akan diberhentikan jika beberapa situasi berlaku. Ia menyamai apa yang dilakukan oleh sukan hoki dan bola keranjang yang memberhentikan masa ketika bola keluar.
Antara situasi yang akan membolehkan masa diberhentikan adalah:
- Dari saat penalti diberikan dan sepakan diambil
- Dari saat gol dijaringkan hinggalah sepak mula
- Dari saat pemain mengalami kecederaan hinggalah menerima rawatan
- Dari saat pengadil memberikan kad kepada para pemain
- Dari saat pertukaran pemain dilakukan
- Dari saat sepakan percuma diberikan dan ia diambil
Apa pendapat anda mengenai perkara ini?
Sumber:
- BBC Sport (2017): Football reforms: Scrapping 45-minute half to be debated at IFAB; http://www.bbc.com/sport/football/40311889