Pemain penyerang dari Sepanyol, Lucas Perez antara pembelian mengejutkan Wenger musim lalu. Wenger membayar £17 juta kepada Deportivo.
Namun selepas itu, Lucas Perez bergelut untuk menjadi pemain dalam skuad utama. Kini nama beliau mulai dikaitkan dengan kepulangan semula ke Sepanyol.
Hal ini disahkan oleh ejen beliau, Rodrigo Fernandez masih menanti lampu hijau dari Arsenal. Buat masa ini, beliau melihat kliennya tidak berada dalam senarai Wenger.
Sebelum ini, Wenger sendiri menyatakan rasa simpati beliau ke atas Perez yang gagal menjadi pemain utama dalam skuad Arsenal seperti yang beliau rancang. Wenger berkata:
“Dia penyerang yang berkualiti. Namun sayangnya saya tidak mampu memberikan dia lebih perlawanan yang saya rasa dia berhak mendapatnya. Saya mengaku akan hal itu. Saya agak rasa bersalah kepada beliau.”
Fernandez berkata:
“Kita tunggu 3 Julai ini. Tarikh di mana Arsenal akan menjelajah untuk pra-musim. Jika nama Perez tiada dalam senarai bermakna saya akan cuba membantu Perez mencari kelab baru.”
Fernandez mengesahkan ada 2 kelab setakat ini yang benar-benar serius mahukan Perez iaitu Deportivo dan Sevilla.
“Semuanya tidak mustahil. Presiden Deportivo boleh melakukan apa sahaja kejutan untuk membawa balik Perez ke sana. Tahun lalu saya turut bertemu dengan pihak Sevilla yang turut berminat dengan Perez.”
Beberapa kelab EPL juga berminat untuk mendapatkan Perez. Namun ejen beliau memberikan bayangan bahawa pemain tersebut lebih cenderung untuk pulang ke Sepanyol.
Sumber
Metro – Arsenal’s Lucas Perez a transfer target for Sevilla and Deportivo, says agent Rodrigo Fernandez