Perlancaran Jersi Cardiff City 2017/18 ‘Visit Malaysia’ Dihujani Kritikan

Cardiff City melancarkan jersi baru kelab berkenaan untuk saingan musim 2017/2018 pada lewat petang semalam. Sekali lagi jersi Cardiff City mengundang respon luar biasa di kalangan penyokongnya.

Penyokong pasukan yang sinonim dengan panggilan Bluebird itu terkejut apabila melihat jersi berwarna hijau fluorescent baharu pasukan itu.

Jersi warna hijau berkenaan telah dipilih untuk mengantikan jersi berwarna merah yang sinonim dengan pasukan tersebut ketika bermain di tempat lawan.

Walaupun ia mempunyai warna hijau yang terang bersama garisan hitam di bahu dan leher, ia disertakan dengan seluar dan stokin berwarna putih.

Perubahan ini jelas tidak boleh diterima oleh kebanyakkan penyokong kelab yang berpusat di Wales itu.

Jersi yang dikeluarkan untuk kegunaan di laman sendiri pula tampil dengan warna biru yang agak gelap, seluar dan stokin yang warnanya sama dengan baju.

Ia turut mengundang kritikan kerana ia bercorak kosong dengan hanya jalur biru yang hampir tidak kelihatan pada setiap sisi bahagian torso jersi berkenaan.

Bagaimanapun terdapat segelintir penyokong yang memuji dan menerima jersi untuk kegunaan di halaman sendiri tersebut kerana ia berwarna biru.

Satu perkara lagi yang mendapat perhatian negatif dan dijadikan jenaka di media sosial ialah tulisan penaja ‘Visit Malaysia’ yang terpampang di sebelah depan jersi berkenaan.

Tulisan tersebut terlampau ringkas dengan mengunakan ‘font’ yang sangat asas. Penyokong bertanggapan Adidas sepatutnya lebih kreatif dalam mencorak jersi kelab berkenaan.

Beberapa musim yang lalu pemilik Cardiff City, seorang usahawan kaya dari Malaysia iaitu Vincent Tan dikritik kerana menukar warna jersi di halaman sendiri kepada daripada biru kepada merah.

Vincent Tan telah menukar warna jersi di halaman sendiri kepada warna merah setelah kelab berkenaan menggunakan warna biru sejak 114 tahun penubuhannya.

Tulisan ‘Visit Malaysia’ berkenaan terpampang di dada jersi Cardiff City setelah mendapat tajaan daripada Kementerian Kementerian Kebudayaan dan Perlancongan Malaysia dianggarkan sekitar £3 juta.

Ini merupakan satu lagi episod kontroversi yang menyelubungi kementerian berkenaan setelah Menteri di Kementerian berkenaan bertelagah dengan kerajaan negeri Sarawak berkaitan cukai perlancongan minggu lalu.

Sumber:

1. Cardiff City, Facebook (2017): https://www.facebook.com/cardiffcityfc/posts/10154966751054051

2. James Corrigan, The Telegraph (2015): Cardiff to wear blue again after Vincent Tan takes advice from his mum;
http://www.telegraph.co.uk/sport/football/teams/cardiff-city/11335427/Cardiff-to-wear-blue-again-as-Vincent-Tan-caves-in-to-fan-protests.html

3. Martin Shipton, Wales Online (2013): Malaysian government deal to sponsor Cardiff City ‘wasteful’, claims MP;
http://www.walesonline.co.uk/sport/football/football-news/malaysian-government-deal-sponsor-cardiff-6107698

4. Jamie Kemble, Inside Welsh Football (2017): Cardiff City fans react in style to new all blue home kit and fluorescent away kit;
http://www.insidewelshfootball.co.uk/cardiff-city-fans-react-new-kits/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN