Olivier Dacourt diwawancara oleh Inter Chanel yang mahu mendapatkan pandangan beliau tentang perlantikan Spalletti.
Luciano Spalletti meninggalkan AS Roma setelah dilaporkan tidak sehaluan dengan penyokong di kelab tersebut. Spalletti adalah pengurus lagenda AS Roma.
Beliau turut membantu Roma menamatkan liga di tangga ke-2 dalam kepulangan semula beliau ke kelab yang berpangakalan di Bandar Rome itu.
Ia sekaligus meletakkan nama AS Roma dalam senarai pasukan yang akan beraksi pada UCL musim hadapan.
Bekas pemain Inter Milan, Olivier Dacourt merasakan Spalletti adalah pengurus yang tepat untuk mendukung aspirasi dan cita-cita Inter Milan pada musim baharu.
Inter Milan dikenali dengan sifatnya yang dahagakan kejayaan. Dengan pemilikan baru dalam pasukan Inter Milan, ia diharap dapat membangkitkan semula pasukan tersebut.
Dacourt berkata:
“Spalletti seorang jurulatih yang berkualiti. Beliau mencipta banyak perkara inda di Roma dan Zenit. Namun saya harus katakan Inter Milan adalah tempat yang sukar.”
“Saya masih ingat bagaimana jurulatih yang hebat seperti Lippi juga bergelut ketika di sini. Sedangkan Lippi seorang yang memiliki banyak kejayaan sepanjang karier beliau.”
“Di Rome saya tidak memenangi apa-apa. Saya tiba di Inter Milan dan memenangi kejuaraan pertama dalam hidup saya selepas 17 tahu karier dalam bola sepak.”
“Ianya satu kepuasan yang tidak terkata untuk menyarung jersi Inter Milan.”