Semalam kecoh di media sosial di Jerman apabila akaun twitter rasmi milik Werder Bremen memuat naik status:
“? Harry Kane to #Werder confirmed? ?”
Pastinya ramai yang cepat-cepat menggosok mata dan memastikan sama ada benda itu benar-benar berlaku?
Mana tidaknya, jika benar berlaku, Werder Bremen mungkin akan mendapat signing of the season. Pastinya juga ia melibatkan kos yang sangat mahal.
Harry Kane adalah pemenang kasut emas untuk saingan EPL musim ini dengan 29 gol. Sekaligus menewaskan Romelu Lukaku.
Beliau juga cemerlang membantu Spurs menamatkan saingan liga di tangga ke-2 di belakang Chelsea.
Ketika ini, Kane masih bersama pemain-pemain England yang lain di kem tentera.
Sebenarnya, twitter kelab tersebut menyatakan yang Harry Kane (Hurricane / puting beliung) tiba di stadium mereka pada petang semalam.
Penyerang Spurs itu turut digelar Hurrikane oleh peminat-peminat Spurs.
Nakal juga gurauan pegawai media sosial Werder Bremen ini. Nampak sangat yang beliau meminati penggempur utama Spurs itu.
Ramai juga yang geram kerana terkena. Tak kurang juga ada yang percaya akan berita ini. Kami yakin, Kane pun terkejut jika melihat notifikasi pada telefon pintar beliau.
🌪 Harry Kane to #Werder confirmed? 😉 pic.twitter.com/xEipFvWswh
— SV Werder Bremen EN (@werderbremen_en) June 6, 2017
Tweet nakal itu mendapat tweet semula sebanyak 2,339 pada pukul 3 pagi waktu Malaysia.
Akaun media sosial rasmi kelab bola sepak Jerman memang terkenal dengan budaya troll yang santai.