Seorang penyokong Millwall telah menjadi wira rakyat apabila menyelamatkan ramai nyawa ketika serangan di London Bridge baru-baru ini.
Roy Larner (gambar bawah), telah menjadi wira buat warga tempatan selepas bertarung dengan 3 pengganas yang bersenjatakan pisau ketika itu.
Ketika serangan, Larner sedang minum bersama-sama rakannya di restoran bernama Blue & Black.
Ketika pengganas sedang datang, beliau mengambil beberapa langkah ke depan untuk melawan mereka.
Selepas itu beliau menjerit, “F**k you, I’m Millwall!”
Hasil jeritan itu beliau berjaya memperoleh perhatian para pengganas tersebut, dan mereka mula menyerang Larner.
Beliau kemudiannya ditikam sebanyak 5 kali oleh pengganas tersebut dan dicederakan di beberapa tempat yang lain seperti di kepala.
Tindakan berani Larner itu membolehkan orang ramai yang berada di restoran itu lari menyelamatkan diri sekaligus Larner telah menyelamatkan nyawa orang ramai!
Kerana itu juga, Larner digelar Lion of London Bridge bersempena dengan gelaran kelab Millwall iaitu singa.
Larner kini dirawat di hospital di unit rawatan rapi namun kini semakin sembuh dari kecederaan yang dimiliki beliau.
Orang ramai mula mengadakan kutipan dana untuk membantu Larner yang tercedera. Setakat ini sebanyak £10 ribu berjaya dikutip.
My mate Roy on the mend and SE London sense of humour https://t.co/UTW4ampNyv #RoyLarnerHero #NOLU #boroughmarket #LondonAttacks #Millwall pic.twitter.com/3Xu4DS3EBG
— SNAP 🏴 🇬🇧 🦁 (@DarrenOfAlbany) June 5, 2017
Anda wira sebenar, Roy Larner!