Krisis Hubungan Diplomatik Negara Arab Dengan Qatar: Apakah Kesannya Kepada Bola Sepak?

Isu beberapa negara memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar menjadi topik hebat sejak beberapa hari lepas. Negara berdekatan yang mengambil keputusan tersebut merupakan Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain.

Penerbangan keluar masuk disekat buat seketika. Malah, laluan darat dan laut juga ditutup. Suasana di Qatar dilaporkan sedang panik.

Mengapa negara-negara Arab memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar?

Setakat pagi Isnin lepas, Arab Saudi, Mesir, UAE, Yaman, Libya, Bahrain dan Maldives telah memutuskan hubungan diplomatik mereka dengan Qatar.

Hal ini kerana mereka menuduh Qatar menyokong aktiviti pengganas Islam dan Iran.

Kesan serta-merta

Media Timur Tengah sudah melaporkan bahawa kelab Arab Saudi, Al Ahli menamatkan perjanjian serta merta dengan Qatar Airways. Kelab itu baru saja menandatangani lanjutan perjanjian penajaan pada Mei lalu.

Sebelum itu, penerbangan nasional Qatar itu menaja kelab negara jiran itu bermula 2014. Perjanjian asal itu asalnya tamat tempoh pada tahun ini.

Adakah Piala Asia 2019 terjejas?

(Photo by Steve Christo/Corbis via Getty Images)

Qatar secara rasminya telah layak untuk kejohanan yang dianjurkan di UAE itu. Jika hubungan diplomatik ini terjejas sehingga awal 2019, rasanya pihak berkaitan bakal mengambil tindakan.

Pihak berkaitan itu dimaksudkan ialah FIFA, AFC dan West Asian Football Federation (WAFF). Tetap ada risiko satu pengorbanan dilakukan. Penulis menganalisis beberapa perkara boleh berlaku.

  • Qatar disingkirkan dari saingan Piala Asia.
  • UAE dinafikan hak menjadi hos Piala Asia dan dipindahkan ke negara lain.
  • Piala Asia ditangguhkan sehingga hubungan diplomatik itu stabil
  • Piala Asia berjalan seperti tiada apa berlaku.

Piala Dunia 2022?

Stadium yang bakal digunakan pada Piala Dunia 2022. Sumber: Qatar.to

Itu pun jika Qatar masih diberi peluang menjadi hos Piala Dunia.

Sebelum itu, FIFA telah mengambil keputusan untuk memindahkan Piala Konferedasi ke negara lain untuk 2021. Namun, badan induk bola sepak itu dikatakan memberikan hak penganjuran Piala Kelab Dunia 2021 kepada Qatar sebagai pampasan.

Undian kelayakan Piala Dunia 2022 untuk Asia dijangka diadakan selepas tamat Piala Asia. Sebelum ini, pusingan kelayakan Piala Dunia 2018, AFC telah mengadakan undian kelayakan lebih awal daripada FIFA.

Sejak Qatar meraih mandat penganjuran Piala Dunia 2022, ada sahaja isu diperbesarkan media Barat. Daripada isu rasuah sehinggalah hak-hak pekerja. Itu belum menyentuh mengenai isu cuaca dan iklim yang memberi kesan kepada penjadualan kejohanan itu.

Namun, FIFA dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berbunyi “FIFA sentiasa berhubung dengan Jawatankuasa Penganjuran 2022 berkaitan Piala Dunia.” FIFA mengambil sikap tidak mengulas lebih lanjut dan menunggu perkembangan semasa mengenai isu ini

Kesimpulan

Sebarang keputusan melibatkan negara berjiran tetap menerima kesan dari pelbagai sudut. Termasuklah mengenai isu-isu sukan.

Masihkah anda ingat UEFA terus mengambil tindakan pada 2014 lalu? Mereka memutuskan Rusia dan Ukraine tidak akan digandingkan dalam mana-mana perlawanan peringkat internasional dan domestik.

Jika krisis diplomatik ini berterusan, pelbagai perancangan FIFA menjelang Piala Dunia 2022 akan tergendala. Setakat ini masih belum ada apa-apa respons daripada mereka mengenai isu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN