Eden Hazard bakal terlepas beberapa aksi di awal musim 2017/18 untuk Chelsea. Ini selepas pemain antarabangsa Belgium itu cedera di buku lali.
Kecederaan itu berlaku ketika sesi latihan bersama-sama dengan skuad Belgium di pusat latihan Tubize.
Hazard dan Belgium dijadualkan akan berhadapan dengan Republik Czech dalam perlawanan persahabatan antarabangsa.
Pada 9 Jun, Belgium akan berhadapan dengan Estonia dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018. Hazard sudah pastinya terlepas aksi tersebut.
Eden Hazard perlu menjalani pembedahan segera untuk masalah kecederaan ini. Ini untuk memastikan Hazard terus segera masuk ke pusat rehabilitasi selepas ini.
Eden Hazard juga dijangka akan berehat sekurang-kurangnya 2 bulan. Ia mungkin akan sehingga 3 bulan.
Eden Hazard menjadi pemain penting Chelsea dalam membawa semula kejuaraan EPL ke Stamford Bridge pada musim ini.
Ini selepas beliau dikaitkan dengan watak hitam dalam pemecatan Mourinho pada musim sebelumnya.
Beliau berjaya mendapat semula aksi terbaik di dalam padang. Hazard menjaringkan 17 gol untuk Chelsea dalam 42 perlawanan untuk semua pertandingan melibatkan The Blues.
Hazard turut dikaitkan dengan perpindahan berprofil tinggi ke Real Madrid. Namun pemain Belgium ini menyatakan beliau masih selesa untuk kekal bersama Chelsea.
Antonio Conte antara individu yang bertanggungjawab mengembalikan Hazard ke kemuncak prestasi. Penendali Itali itu mencipta sistem permainan sesuai Hazard.
Hazard juga tersenarai dalam pencalonan pemain terbaik tahunan PFA musim ini.