Analisis Taktikal: Pertukaran Ke Pivot Kembar Punca Kemenangan Real Madrid

Perlawanan akhir UCL di antara Juventus dan Real Madrid pada awal pagi tadi waktu Malaysia telah dimenangi Real Madrid dengan keputusan 4-1.

Permulaan

Juventus turun dengan formasi 3-4-2-1 dalam perlawanan ini. Meletakkan Higuain sebagai penyerang utama. Berlaku perubahan posisi yang kerap pada Dybala di mana dia akan turun ke belakang Higuain dan Mandzukic untuk membentuk 3-4-1-2.

Real Madrid memulakan perlawanan ini dengan struktur berlian 4-1-2-1-2. Casemiro menjadi pivot tunggal dengan Kroos dan Isco menjadi sisi berlian.

Kadangkala mereka bermain dengan tengah bertiga selari untuk membentuk 4-1-3-2.

Juventus dominan 15 minit pertama

Mereka pasukan yang lebih baik pada awal 15 minit. Menekan Real Madrid dengan kuat sekali. Pada masa yang sama, Real Madrid ada masalah dengan kawaan ruang yang tidak efektif.

Casemiro berhadapan dengan beban kerja yang terlalu banyak. Kroos, Isco dan Modric kesemua gagal memberikan lebih perlindungan kepada bek berempat Real Madrid.

Bahagian tengah Real Madrid tidak mampu mengekang dominasi Juventus dengan tekanan tinggi. Juventus nampak sangat yakin dengan bola di kaki.

Mereka tidak panik dengan tekanan daripada pemain Real Madrid di blok serangan. Namun masalah utama Juventus adalah tumpul. Mereka memiliki jumlah cubaan gol namun penyudah mereka tidak menghasilkan gol.

Gol pertama dalam perlawanan ini adalah dari pasukan yang bergelut untuk sampai ke kotak penalti dan mencipta peluang iaitu Real Madrid. Cubaan gol pertama Real Madrid terus meghasilkan gol.

Ini adalah anatomi menarik bagaimana Real Madrid menyerang balas Juventus. Mereka sangat bijak dalam menyegerakan, melengahkan, mencipta ruang dan menyelesaikan urusan dalam ruang dan masa yang singkat.

Fasa 15 minit awal di mana Real Madrid bergelut dengan isu kawalan ruang. Mereka tidak kompak ketika bertahan. Komitment Isco-Modric-Kroos untuk bertahan agak lemah.

Juventus memanipulasi ruang di zon 14 itu dengan sebaik mungkin. Pjanic memberikan depth yang kuat ketika menyerang.

Lihat ruang ini yang diberikan kepada Juventus.

Isu taktikal Juventus

Selepas fasa 15 minit pertama, mereka kekal kompetitif pada separuh masa pertama lebih-lebih lagi ketika mereka ketinggalan 1-0.

Namun ada beberapa pemain mereka beraksi di bawah par. Antaranya Dybala. Pemain ini gugup dalam pentas final pertama beliau.

Seterusnya, adalah kegagalan mereka mengekalkan intensiti dan tempo di dalam perlawanan ini adalah isu yang mustahak.

Mereka hilang karakter pada separuh masa kedua. Isu yang turut dipersetujui oleh Buffon.

Perubahan taktikal Zidane pada separuh masa kedua

Selepas melihat kerapuhan yang jelas di tengah, Zidane memilih untuk menggunakan 4-4-2 pada separuh masa kedua.

Dalam beberapa fasa juga mereka bermain dalam sistem wingerless iaitu 4-2-2-2. Lihat penjelasan di bawah ini.

Isco dan Modric berada di half-space. Mereka tidak terlalu ke bahagian sisi dalam formasi 4-2-2-2. Kroos dan Casemiro sebagai pivot.

Pada fasa serangan Kroos akan membantu di zon 14 dan Casemiro akan turun ke bawah.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan, Zidane memberitahu beliau mahukan Kroos turun lebih ke bawah dan bergandingan bersama Casemiro.

Pada fasa ini, Real Madrid bermain dengan sistem pivot kembar (double pivot). Ini telah mewujudkan lebih keseimbangan kepada pasukan Real Madrid.

Jadi Real Madrid ada 2 formasi yang fleksibel iaitu 4-4-2 klasik ataupun 4-2-2-2 untuk memecahkan rantaian blok pertahanan Juve.

Pada fasa inilah anda melihat Carvajal dan Marcelo lebih kerap berada di blok atas berbanding separuh masa pertama.

Anda lihat passmap ini.

Pada masa yang sama, Juventus semakin menurun karakter dan kualiti pada separuh masa kedua. Jika Real Madrid ada maslaah disjointed pada separuh masa pertama, Juventus ada masalah yang lagi teruk pada separuh masa kedua.

Rumusan

Ia bukanlah perlawanan final yang sengit sepanjang 90 minit. Ini kerana separuh masa pertama milik Juventus dan Real Madrid lebih kepada proses cuba mengekang fluiditi Juventus.

Pada separuh masa kedua, hanya dengan menguatkan sektor pivot, Zidane mendapat pasukan yang lebih baik. Seperti yang saya jelaskan di atas, Juventus hilang karakter pada separuh masa kedua.

Zidane memiliki plan B yang lebih baik. Manalaka Allegri kali ini hilang plan B atau C yang berkesan kerana ramai pemain beraksi di bawah par dan tidak konsisten.

Peningkatan mendadak Real Madrid pada separuh masa kedua membuatkan mereka selayaknya menjadi juara.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Cristiano Ronaldo (Real Madrid)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN