Revolusi Wenger, Kisah Pengurus Yang Merawat Barah Di Arsenal

Anda tertanya-tanya keadaan Arsenal sebelum kehadiran Arsene Wenger? Mungkin inilah kisah menyebabkan ‘Board of Director’ terlalu sukar untuk melepaskan beliau pergi.

Ada yang berpendapat, Wenger itu sendiri sudah seperti Arsenal. Beliau hanya pergi jika beliau mahu pergi.

Arsenal pra-revolusi Wenger

Mengambil alih kelab seperti Arsenal merupakan suatu cabaran yang amat besar buat mana-mana pengurus pada 22 tahun yang lalu.

Arsenal pasukan yang berbeza dengan dikenali generasi milenia (2000) dan juga pada hari ini.

Ketika Arsene Wenger menjejakkan kaki pertama kali ke kelab lapuk British ini pada 1996. Arsenal hanya sebuah kelab yang penuh dengan kecelaruan, keegoan pemainnya dan tahap disiplin yang maha rendah.

Para pemain di kelab ini adalah seperti seorang ‘bos’. Pengurus ketika itu iaitu George Graham dan Bruce Rioch sendiri tidak mampu untuk menegur sikap para pemainnya.

Para pemain Arsenal pada saat itu suka berhibur dan kurang punya rasa hormat terhadap antara satu sama lain.

Atmosfera di dalam bilik persalinan Arsenal dipenuhi dengan orang-orang yang berkarakter besar dan sifat ego yang tinggi atas kejayaan trofi-trofi yang dimenangi oleh mereka.

Para pemain Arsenal juga dipengaruhi oleh tabiat alkoholik yang kronik.

Kebanyakan mereka mengambil kesempatan pada waktu ‘off’ latihan untuk berhibur dengan menganjurkan parti ‘The Tuesday Club’.

Kebiasaannya, mereka akan berkumpul selepas tamat latihan pada hari Selasa dan mula berparti hingga ke awal pagi hari Khamis kerana hari Rabu ialah hari ‘off training’.

Arsenal ketika itu dipenuhi individu yang berkarakter gelap dan tidak patut ada dalam diri mana-mana pemain profesional.

Karakter-karakter gelap ini tidak diketahui secara jelas oleh para peminat mereka sendiri.

Sebagai contoh, Tony Adams ialah seorang pemain skeptikal Inggeris. Penuh dengan keegoan dan kaki botol.

Tony merupakan seorang ketua yang mempunyai sikap menentang dan dilihat sering cuba mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh George Graham.

Paul Merson pula sentiasa bergelut dengan masalah ketagihan arak dan pengambilan dadah dan sedang menjalani program rawatan pemulihan.

John Hartson ialah seorang pemain yang gemar berpeleseran dan berhibur manakala penjaring terbanyak dan pemain pujaan penyokong pada era itu, Ian Wright perlu ‘diajar’ agar menghormati pengurus.

Ian Wright seorang yang kerap mempersenda pengurus mereka terutamanya Bruce Rioch.

Siapa Arsene (Arsene Who)?

Pada saat pengerusi Arsenal pada waktu itu, Peter Hill-Wood ingin melantik Arsene Wenger sebagai pengurus, beliau dan para ahli lembaga pengarah yang lain sempat berasa kurang yakin terhadap kemampuan Arsene Wenger untuk mengendalikan kelab tersebut.

Pada saat Arsene dilantik menjadi pengurus, akhbar London, ‘Evening Standard’ telah menggunakan tajuk utama akhbar mereka dengan kata-kata yang amat sinis iaitu ‘ARSENE WHO?’.

Hal ini dikatakan demikian kerana pada waktu itu, pandangan skeptikal warga Britain terhadap ‘orang asing’ amat tinggi.

Orang-orang British mempunyai pandangan skeptikal yang amat luar biasa terhadap kemampuan ‘orang asing’ untuk mengendalikan kelab Inggeris.

Untuk rekod, kelab Inggeris hanya mula menerima kehadiran pengurus asing pada tahun 1990, apabila warga Republik Czech, iaitu Dr. Jozef Venglos dilantik untuk mengurus Aston Villa.

Cuba yakinkan Wenger

Orang yang bertanggungjawab membawa Arsene ke Arsenal ialah naib pengerusi Arsenal sendiri iaitu David Dein yang telah berkali-kali memujuk Arsene agar meninggalkan Nagoya Grampus Eight dan Jepun dengan lebih awal.

Pada waktu itu Arsenal sedang bercelaru dan dalam keadaan tidak terkawal.

Bruce Rioch, yang merupakan pengurus pada waktu itu (menggantikan George Graham yang terlibat dalam skandal bola sepak) dianggap berjasa kerana berjaya memujuk legenda Arsenal, Dennis Bergkamp untuk berpindah ke Arsenal dari Inter Milan pada tahun 1995.

Namun, tanpa pengurus yang dapat mengawal para pemainnya, Arsenal bakal berada dalam keadaan bahaya.

Petunjuk tuhan

Pada 2 Januari 1989 untuk menonton perlawanan Arsenal menentang Tottenham. Ketika itu beliau adalah pengurus Monaco. Beliau datang ke Highbury tanpa diundang oleh mana-mana ahli lembaga pengarah Arsenal.

Kehadirannya disedari oleh David Dein. David pernah mengatakan bahawa saat beliau melihat Arsene buat pertama kali, beliau memandang ke arah langit dan mengatakan bahawa beliau terlihat suatu ‘petunjuk Tuhan’ yang tertera perkataan ‘Arsene for Arsenal’.

Hatinya mula berbisik bahawa, ‘inilah orag yang tepat untuk mengubah kelab ini!’.

Namun perpindahan pada waktu itu tidak berjaya dan Arsene meneruskan kerjaya di Monaco sebelum mengubah haluan kariernya ke negara matahari terbit iaitu Jepun pada tahun 1995.

Transformasi total dan falsafah bola sepak

Selepas pelantikan Arsene sebagai pengurus Arsenal pada tahun 1996, rata-rata para pemain tidak menyedari bahawa kedatangan lelaki Perancis berkelulusan jurusan ekonomi dari sebuah universiti Perancis.

Bertubuh kurus, bercermin mata ‘old school’, bertutur bahasa Inggeris dalam slanga Perancis yang sukar difahami dan dianggap kolot tentang dunia bola sepak oleh Tony Adams.

Inilah individu yang bakal membawa transformasi ‘total’ terhadap kelab Arsenal dan akan melakukan perubahan secara ‘drastik’ terhadap gaya hidup mereka sebagai pemain profesional.

Arsene Wenger menekankan tahap disiplin yang tinggi dalam kalangan pemainnya. Oleh sebab itu beliau berjaya mengawal Tony Adams dan rakan-rakannya.

Seperti yang pernah kita ingat, Arsene pernah mengatakan bahawa kejayaan Thierry Henry adalah kerana pemain ini tidak keluar berhibur dan hanya meluangkan masa di rumah pada masa lapang.

Manakala, Wilshere pernah didenda kerana fotonya merokok tersebar luas di media.

Tiada sesiapapun yang pernah menyangka bahawa kelab lapuk ‘old school’ British yang penuh dengan keangkuhan dan keegoaan para pemainnya ini akan mengalami perubahan 360 darjah.

Arsene dengan ‘Revolusi Perancis’-nya mengubah falsafah bola sepak Arsenal dan corak permainan Arsenal yang telah diiktiraf oleh para pakar bola sepak sebagai ‘corak permainan tercantik di dunia’. Itulah wengerball.

Satu bola sepak cair (fluid) yang berasaskan prinsip-prinsip total football. Sehinggakan, mana-mana pasukan yang bermain cantik dengan hantaran pendek yang licik di England ketika itu akan disebut, mereka bermain seperti Arsenal.

Langkah berani

Wenger melangkah ke bilik persalinan Arsenal buat pertama kali dengan membuat tindakan ‘gamble’. Suatu tindakan yang tidak pernah berani diambil oleh George Graham mahupun Bruce Rioch.

Wenger tampil berhadapan dengan semua pemain Arsenal untuk menegur gaya hidup mereka sebagai pemain profesional. Dengan penuh gaya diplomatiknya, beliau berkata:

“Ini bukan cara anda untuk meneruskan kehidupan anda, ini bukan cara untuk anda mahu kekal lama dalam karier. Anda tidak akan mendapat apa-apa walaupun anda berlatih bersungguh-sungguh tetapi anda berterusan hidup begini.”

Maka, semenjak itu, bermulalah era Revolusi Wenger di Arsenal yang membuatkan dirinya menjadi lagenda dalam EPL. Menjadi pengurus yang paling lama dalam bola sepak England.

Nota Editor: Artikel ini adalah sumbangan Hairi Mohd. Anda mahu artikel anda dibaca jutaan peminat bola sepak di Malaysia? E-melkan ke [email protected] dalam format Microsoft Words (300-800 patah perkataan).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN