Rio Ferdinand: “Kalau Saya Di Tempat Ramos, Saya Malu Menatap Mata Anak Saya”

Aksi perlawanan akhir UCL awal pagi tadi ada drama tersendiri. Antara yang menjadi perhatian adalah insiden Ramos mendakwa dirinya dikasari oleh Cuadrado.

Insiden yang menyebabkan Cuadrado dibuang padang hanya selepas hanya 18 minit beraksi. Juventus tewas 4-1 dalam perlawanan tersebut. Real Madrid mempertahankan kejuaraan UCL di dalam kabinet mereka.

Pengulas BT Sports, Rio Ferdinand menganggap reaksi ketua pasukan Real Madrid, Sergio Ramos sebagai tiada semangat kesukanan dan menipu dalam insiden tersebut.

Ferdinand berkata:

“Ini merupakan salah satu perkara paling teruk dalam bola sepak yang pernah saya saksikan.”

“Jika saya di tempat Ramos, saya akan berasa malu selepas melakukan sesuatu seperti itu di dalam padang.”

“Bayangkan anak saya melihat saya melakukan sesuatu seperti itu, saya tidak akan mampu menatap mata anak saya kerana malu.”

Rio Ferdinand membangkitkan semangat kesukanan pada Sergio Ramos.

Ramai juga yang berpendapat tindakan Ramos itu sengaja. Ada juga yang berpandangan, dengan pengalaman yang ada Ramos memanipulasi situasi untuk mengeluarkan pemain yang sudah terkena kad kuning.

Ramos dilihat membuat reaksi berlebihan dengan menyatakan ada sentuhan keras ke atas beliau. Ramos memegang kakinya.

Seorang penulis bola sepak yang dikenali Kristian Sturt berkata:

“Wow, Ramos.. Saya tak tahu nak cakap apa. Cuadrado tak buat apa pun. Dia cuma bergegas untuk mendapatkan bola itu kembali.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN