Pemain Barcelona, Lionel Messi bakal mempunyai taman tema beliau sendiri!
Ia bakal memberikan pengalaman yang berbeza berbanding taman-taman tema yang sering kita lihat di dunia ini.
Baru-baru ini, Messi telah ke China menghadiri satu majlis perasmian taman tema bola sepak yang diberi nama The Messi Experience Park.
Taman tema tersebut akan akan dibina di Nanjing, Timur China.
The Messi Experience Park akan dibuka pada tahun 2019 dengan harapan ia dapat menarik lebih ramai kanak-kanak meminati bola sepak.
Ia akan menggunakan menyediakan ruangan fasiliti dalam dewan, kawasan permainan dalam taman serta ruang terbuka dalam taman tema yang berkeluasan 80 ribu kaki persegi ini.
Taman tema ini akan menggunakan teknologi yang tinggi dengan menyediakan aktiviti seperti klinik bola sepak, aktiviti hiburan dan banyak lagi.
Bercakap di majlis pelancaran projek, Messi pengunjung akan dapat merasa seolah-olah Messi berada di sana bersama mereka.
“Saya harap pengunjung akan menikmati pengalaman yang mereka tak pernah rasakan sebelum ini sekali gus memupuk rasa cinta kepada sukan ini dengan segera.”
“Diharap pengunjung akan merasa seolah-olah saya berada di sana.”
Sebuah syarikat konsortium akan mengambil alih Disneyland di China dan menggantikan taman tema itu dengan The Messi Experience Park.
Syarikat Sepanyol Mediapro dan syarikat penyiaran China Phoenix Group akan melaksanakan publisiti untuk taman tema ini.