5 Perkara Nidzam Adha Perlu Lakukan Untuk Terus Mantapkan Pasukan Kedah

Nidzam Adha kini telah pun sah menjadi ketua jurulatih baharu Kedah menggantikan Tan Cheng Hoe.

Namun begitu, beliau ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan. Berikut adalah 5 perkara yang perlu diperbaiki oleh Nidzam Adha untuk memastikan Kedah terus bersaing sebagai pasukan utama di Malaysia.

Stamina dan kecergasan 

Masalah utama Kedah musim ini adalah berkaitan stamina apabila kerap kali kita melihat pemain-pemain keletihan selepas 70 minit permainan di padang.

Intensiti permainan mulai menurun dan kesilapan mula dilakukan di 20 minit terakhir.

Hal ini boleh dibuktikan dengan sebahagian besar gol yang dilepaskan Kedah adalah pada 20 minit terakhir dan perkara ini jelas kelihatan ketika perlawanan akhir Piala FA menentang Pahang tempoh hari.

Jurulatih kecergasan Kedah ada banyak kerja yang perlu dilakukan.

Pertahanan tengah

Kombinasi pertahanan tengah perlu lebih mantap. Walaupun Kedah bukanlah pasukan yang banyak dibolosi, tetapi melepaskan 1-2 gol dalam setiap perlawanan agak merugikan.

Zac Anderson, Khairul Helmi dan Syawal Nordin adalah tonggak Kedah musim ini. Mungkin Nidzam perlu mendapatkan seorang lagi pertahanan tengah berwibawa untuk mewujudkan persaingan dalam kalangan pemain dan secara tidak langsung meningkatkan mutu permainan.

Gambar: Zulfachri Zulkifli/Asiana

Pemain tengah bertahan

Kedah memerlukan pemain tengah bertahan yang pantas untuk menutup ruang ketika perlawanan.

Buat masa ini hanya Akram Mahinan yang cergas diposisi berkenaan sementara Amirul Hisyam, Halim Shaari dan Hanif Mat Dzahir berada dalam senarai kecederaan.

Akram perlu meningkatkan kepantasan beliau di tengah untuk melindungi pertahanan dengan lebih berkesan.

Gambar: Zam Zainal/Asiana

Bermain tanpa tonggak import

Nidzam juga perlu memikirkan pelan permainan apabila bermain tanpa tonggak import.

Ketika tewas 5-0 ditangan T-Team tempoh hari, jelas pasukan Kedah kelihatan amat lemah tanpa 3 pemain import.

Sekiranya perlu untuk bermain dengan formasi klasik 4-4-2 atau 4-4-1-1 ketika ketiadaan pemain utama, maka itulah yang terbaik. Tidak perlu takut untuk mengubah formasi demi mendapat keputusan yang baik.

Persediaan menjelang Piala AFC 2018

Walaupun ianya hanya akan bermula pada 2018, namun persediaan perlu dimulakan dari sekarang.

Menyediakan pelan latihan untuk menghadapi perlawanan lebih kompetitif dan jadual padat adalah perkara utama yang perlu difikirkan dan dimulakan.

Disamping itu, ketebalan pasukan (squad depth) perlu ditingkatkan dengan pemain berkualiti kerana sistem penggiliran pemain tidak dapat dielakkan dengan jadual padat.

Nota editor: Artikel ini merupakan hasil tulisan Rauf Lahab. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hanya artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN