Pegawai Fisio T-Team, Mark Lee Turut Berpuasa Di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan di Malaysia memang ada keunikannya yang tersendiri. Anda pasti ada rakan yang bukan beragama Islam tetapi tumpang berpuasa sekali dengan anda.

Ianya semangat muhibbah dan harmorni yang disemai sejak sekian lama di negara kita.

Sebentar tadi, facebook rasmi T-Team memberitahu yang pegawai perubatan merangkap pegawai fisioterapi pasukan mereka, Mark Lee Soong Keen turut berpuasa bersama-sama dengan pemain dan pegawai yang lain yang beragama Islam.

Mark Lee Soong Keen ataupun lebih popular dengan panggilan Mark Lee di kalangan rakan-rakan beliau mahu sama-sama merasai kemeriahan bulan Ramadan.

Berikut adalah kenyataan media rasmi T-Team

“Pegawai perubatan/Fisio T-Team FC, Mark Lee Soong Keen atau lebih dikenali sebagai Mark lee oleh keluarga T-Team turut tidak terlepas untuk bersama-sama merasai kemeriahan bulan Ramadan.”

“Beliau turut berpuasa bersama-sama disiang hari disamping pemain-pemain dan jurulatih.”

“Pada tahun ini adalah merupakan tahun ke-5 beliau bersama pasukan ini sebagai pegawai fisiotrapi pasukan.”

“Beliau yang berasal dari Perak, berketurunan India-Cina begitu senang apabila tibanya bulan Ramadhan kerana dapat berpuasa bersama.”

“Ada yang menyatakan pada tahun lepas Mark Lee berjaya menghabiskan sebulan berpuasa. Syabas Mark Lee! Selamat berpuasa kepada semua!”

Umum sedia maklum yang berpuasa banyak manfaatnya. Jadi, selain daripada beribadat, berpuasa juga adalah untuk sebab-sebab kesihatan.

Anda ada rakan yang bukan beragama Islam tetapi berpuasa dengan anda? Boleh tag mereka di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN