Percayakah anda, penyokong pasukan SKA Khabarovsk bakal menghadapi ‘away-day’ paling jauh?
Ya, kelab itu baru dinaikkan ke Liga Perdana Rusia musim hadapan. Mereka menewaskan Orenburg melalui sepakan penalti 5-3 setelah agregat terikat 0-0.
Bandar raya Khabarovsk terletak sejauh hampir 9000 kilometer dari ibu negara Rusia, Moscow. Tetapi jarak Khabarovsk dengan sempadan Rusia-China tidak sampai 30 kilometer.
Perjalanan jauh
Penyokong kelab itu sekurang-kurangnya perlu mengambil cuti dua hari untuk pergi balik ke Moscow!
Itu pun jika menggunakan kapal terbang yang mengambil masa 8 jam. Jika berkereta, penyokong terpaksa memandu selama 4 hari setengah.
Tetapi bagi penyokong yang suka menggunakan keretapi, tempohnya selama 5 hari setengah. Penyokong terpaksa bertukar beberapa kali keretapi.
Entah berapa ramailah yang sanggup ke Moscow untuk ‘away-day’?
Dia dekat tapi jauh…
Penyokong SKA Khabarovsk. Sumber: Trivela BrazilLiga Perdana Rusia musim hadapan menyaksikan 3 kelab Moscow akan bersaing. Tidak lain tidak bukan ialah Spartak, CSKA dan Lokomotiv.
Kelab yang bertanding paling dekat dengan SKA Khabarovsk ialah, Ural Yekaterinburg. Jauhnya cuma lebih kurang 6600 kilometer. Masih boleh dianggap dekat?
Siaran langsung?
Rasanya penyokong mereka juga bakal terseksa. Sekiranya pasukan kesayangan mereka ke Moscow untuk saingan liga, mereka dapat menonton perlawanan secara langung dengan beza 7 jam.
Sekiranya perlawanan liga berlangsung pada jam 5 petang waktu Moscow, siaran langsung akan disiarkan di Khabarovsk pada jam 12 tengah malam esoknya.
Penyokong Khabarovsk bolehlah bertanya kepada penonton Liga Inggeris di Malaysia bagaimana menghadapi masalah seperti ini.