Pertama Kali Final UCL Akan Dianjurkan Dalam Stadium Tertutup

Perlawanan akhir UCL 2016/17 akan dilangsungkan dalam stadium tertutup. Keputusan itu dibuat setelah Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) mencadangkan perkara itu kepada UEFA.

UEFA menyambut baik cadangan itu atas alasan ianya dibuat sebagai langkah berjaga-jaga untuk keselamatan semua yang terlibat.

Ini bermakna, Stadium Millenium akan ditutup bumbungnya pada hari perlawanan akhir itu kelak. Perlawanan akhir akan berlangsung pada 3 Jun 2017. Nampaknya tidak adalah rakaman dari atas stadium kali ini.

Apa yan lebih penting, adalah keselamatan semua orang. Ini selepas serangan berani mati berlaku Manchester baru-baru ini mengorbankan 22 nyawa.

Pihak keselamatan UK meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh UK. Kenyataan rasmi FAW tentang hal itu berbunyi:

“Hasil daripada perbincangan dengan semua pihak, FAW sebagai penganjur acara final UCL kali ini telah memutuskan untuk melangsungkan perlawanan dalam keadaan stadium tertutup.”

“Ini bermakna perlawanan akhir yang akan berlangsung di stadium nasional itu kelak adalah di bawah bumbung tertutup.”

“Bumbung stadium turut akan ditutup untuk sesi latihan melibatkan kedua-dua pasukan pada Jumaat, 2 jun kelak.”

“FAW terpaksa tegas mengambil langkah ini selepas insiden yang menggemparkan kita semua pada beberapa minggu lalu.”

“Kedua-dua finalis sudah dimaklumkan tentang hal ini dan mereka menerimanya.”

Cristiano Ronaldo / Photo by Angel Martinez/Real Madrid via Getty Images)

UEFA memberikan respon tentang hal itu dengan berkata:

“Keutamaan UEFA dalam semua perlawanan bola sepak anjuran kami adalah keselamatan semua pihak termasuk penyokong yang hadir.”

“Kami sudah sedia maklum tentang keputusan FAW ini. Mereka membuat keputusan ini selepas berbicang dengan pihak polis di Selatan Wales.”

“Kami menerima baik idea bermain dengan stadium tertutup kerana sebab-sebab keselamatan.”

UEFA tidak bercadang untuk membatalkan karnival di luar stadium sepanjang hari perlawanan akhir itu.

Ia bercanggah dengan kenyataan media di Sepanyol yang menyatakan aktiviti pesta di luar stadium dibatalkan.

UEFA yakin dengan perancangan rapi dan pertambahan pasukan keselamatan dalam menjaga aktiviti itu kelak. Jadi, aktiviti seperti bertemu lagenda di sekitar tapak pesta termasuk perlawanan bola sepak mini akan diteruskan.

Festival itu akan bermula 1 Jun ini sehingga 4 Jun. Banyak aktiviti yang dijadualkan akan berlangsung sepanjang tempoh tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN