Play-off ‘promotion’ diperkenalkan kebanyakan liga di serata Eropah. Tujuan utama pengenalannya untuk memberikan peluang kedua kepada kelab liga bawahan naik ke liga teratas.
Malah, ia memberikan persaingan dramatik untuk meraih durian runtuh dan populariti kelab.
Pemakaiannya hanya terpakai jika liga bola sepak negara tersebut mempunyai konsep bersambung antara satu sama lain. Dalam kata lain, ada liga di dunia tidak menggunakan play-off ‘promotion’. Contohnya di Major League Soccer (Amerika Syarikat) dan A-League (Australia).
Kami membawakan khas kepada anda bagaimana perlakSanaan format ini di serata dunia. Sifir mudahnya, juara play-off akan diberi laluan naik ke liga teratas.
Penyertaan di liga bawahan sahaja
EFL Championship England dan Serie B Itali melaksanakan play-off ‘promotion’ yang hanya boleh disertai oleh kelab yang memasuki slot ditetapkan. Selain itu, Segunda Liga Sepanyol juga melaksanakan format sedemikian.
EFL Championship menawarkan empat slot play-off untuk ke perlawanan akhir di Wembley. Dua kelab yang bertanding pada perlawanan akhir tersebut sebelum ini menghadapi perlawanan separuh akhir secara timbal balik.
Estas imágenes ya son historia del osasunismo. 👏🏻👏🏻👏🏻 pic.twitter.com/EQjUGuaiOE
— C. A. OSASUNA (@Osasuna) June 19, 2016
Segunda Liga memberikan empat slot untuk play-off. Aplikasinya mirip EFL Championship, bezanya pada final yang diadakan secara timbal balik.
Serie B Itali pula memberikan enam slot untuk play-off. Sebelum itu, kelab dua teratas Serie B diberikan slot automatik naik ke Serie A.
Manakala kelab tempat ketiga dan keempat Serie B diberikan ‘bye’ untuk separuh akhir ‘play-off’. Bermakna kelab tempat kelima hingga kelapan Serie B akan menghadapi pusingan suku akhir untuk bertemu kelab di separuh akhir.
Perlawanan separuh akhir dan akhir diadakan secara timbal balik. Pemenang playoff tersebut akan naik ke Serie A.
1 lawan 1
Biasanya, dua kelab tercorot di liga teratas akan diturunkan automatik ke liga bawahan. Sebagai ganti, dua kelab teratas liga bawahan akan dinaikkan untuk beraksi pada musim hadapan.
Bagaimana untuk tempat ketiga di liga terbawah?
Mereka akan berhadapan dengan perlawanan ‘play-off’ menentang tempat ketiga tercorot liga teratas. Jerman dan Perancis melaksanakan konsep ini.
Kelab tangga ke-16 Bundesliga akan bertemu kelab tangga ke-3 Bundesliga 2.
Manakala kelab tempat ketiga Ligue 2 Perancis akan bertemu dengan tempat ke-18 Ligue 1. Ia pun dilaksanakan secara konsep timbal balik.
Hibrid
Konsep ini menggabungkan nisbah penyertaan kelab daripada divisyen bawah dengan divisyen atas. Scotland antara salah satu pelaksana konsep sebegini.
Dalam saingan Scottish Championship, kelab di tempat ketiga dan keempat akan bermain suku akhir secara timbal balik. Pemenang suku akhir akan bertemu kelab tempat kedua Scottish Championship di separuh akhir.
Perlawanan separuh akhir akan diadakan juga secara timbal balik. Pemenang separuh akhir pula akan menentang kelab tangga ke-11 Scottish Premiership di perlawanan akhir.
Pemenang perlawanan akhir akan mendapat mandat untuk bermain di Scottish Premiership musim seterusnya.
Perlaksanaan di Malaysia
Kali terakhir Malaysia melaksanakan konsep play-off ialah pada penamat musim 2015. Itu pun terpaksa diadakan bagi menggantikan LionsXII yang sudah tamat tempoh menyertai Liga Malaysia.
Pemenang akan bermain dalam saingan Liga Super 2016.
ATM berada di tangga ke-11 Liga Super bertemu T-Team di tangga ke-3 Liga Premier. Perlawanan yang diadakan di Stadium Perak, Ipoh menyaksikan T-Team menewaskan ATM dengan 2 gol berbalas 1.
Rumusan
Kesimpulannya, kewujudan play-off tidaklah wajib bagi setiap liga bawahan. Ia tertakluk kepada badan pengurusan liga itu sendiri.
Namun begitu, perlaksanaan ia harus dipuji kerana ia memberi rencah perasa dalam sukan bola sepak. Ia juga dapat menaikkan kualiti saingan dengan memberikan tekanan/demand kepada pasukan yang bertanding.