Minggu ini, saingan Serie A bakal memasuki perlawanan terakhir dan tumpuan terarah ke Stadium Olimpico.
Kenapa? Hal ini kerana ia merupakan perlawanan terakhir Francesco Totti!
Totti menerusi laman Facebooknya telah mengumumkan perlawanan terakhir AS Roma pada musim ini menentang Genoa adalah perlawanan terakhir beliau dalam karier profesionalnya.
“AS Roma-Genoa, 28 Mei 2017 bersamaan hari Ahad adalah hari terakhir saya akan menyarung jersi AS Roma.”
“Saya tak boleh gambarkan kepada anda sedalam mana warna AS Roma ini bermakna dan akan sentiasa bermakna kepada diri saya.”
“Cinta saya terhadap bola sepak tidak akan hilang, dan saya tak boleh bayang semangat saya terhadap sukan ini akan hilang.”
“Bermula Isnin ini, saya akan bermula sekali lagi. Bermula dengan cabaran baharu.”
Laku bak pisang goreng panas
Dikhabarkan untuk perlawanan AS Roma menentang Genoa ini, tiket-tiket telah pun mula habis dijual.
Stadium dijangka penuh dengan peminat yang mahu menyaksikan pemain yang dianggap sebagai Maharaja Rom ini beraksi buat kali terakhir.
Selamat menikmati kehidupan selepas bermain buat Totti, semoga terus maju!