Sejak akhir-akhir ini, nama bandar Manchester menjadi tumpuan dunia untuk 2 sebab.
Sebelum ia menjadi tumpuan kerana kejayaan Manchester United menjadi juara Europa League, bandar Manchester menjadi tumpuan kerana kejadian letupan berani mati ketika konsert penyanyi Ariana Grande.
Ia telah mengorbankan nyawa yang cukup ramai dan suasana yang tidak tenang berlaku di bandar Manchester ketika ini.
Grande sendiri telah menawarkan untuk menampung segala kos pengebumian mangsa yang terlibat dalam situasi tesebut.
Beliau adalah gergasi
Ketika ini, telah tersebar suspek yang menjadi dalang kepada letupan tersebut.
Menurut sumber, pemuda yang menjadi pengebom berani mati di konsert itu merupakan seorang Muslim.
Ia telah menimbulkan suasana Islamophobia yang selama ini membelenggu orang-orang Barat.
Namun pemain Lazio yang musim ini beraksi di Queens Park Rangers iaitu Ravel Morrison telah mengambil inisiatif untuk menghilangkan simptom Islamophobia itu.
Beliau telah menggunakan kuasa laman media sosial iaitu Instagram untuk menyampaikan satu mesej mudah namun cukup berkuasa.
“Beliau adalah gergasi, bukannya Muslim,” kata gambar dalam kemas kini terkini laman Instagram beliau.
https://www.instagram.com/p/BUclqsiBAMS/?taken-by=1ravel&hl=en
Hasil dari itu, beliau mendapat reaksi positif dari ramai pengikut Instagram beliau.
Satu tindakan yang terpuji dari Ravel Morrison!