Bagaimana Liga Bawahan Indonesia Menguruskan Lebih Dari 100 Pasukan Di Dalamnya?

Jika sebelum ini, saya telah menceritakan kepada anda secara ringkas mengenai struktur liga bola sepak di Indonesia.

Kali ini saya bawakan struktur mudah mengenai liga divisyen 2 dan 3 di negara itu dengan lebih mendalam.

Baca juga: Bagaimana Sistem Liga Bola Sepak Indonesia Dilaksanakan?

Tanpa pemain import

Liga 2 yang bermula 19 April 2017 sempena hari jadi Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) dan berakhir pada bulan November.

Liga 2 pula terdiri daripada 61 buah kelab dan dibahagi kepada 8 kumpulan yang mengandungi 7 atau 8 buah kelab setiap kumpulan.

Perlawanan diadakan dengan sistem home & away, kecuali Kumpulan 8 di mana diadakan di Stadium Mandala sahaja tetapi perlu mengharungi perlawanan timbal balik seperti kumpulan lain.

Hal ini berlaku kerana disebabkan kekangan jarak antara kelab.

Juara dan naib juara kumpulan akan layak ke pusingan kedua. Sementara tempat ketiga dan keempat akan mengharungi pusingan kelayakan untuk kekal di Liga 2 atau turun ke Liga 3.

Sementara tempat kelima dan ke bawah akan tersingkir ke Liga 3 pada musim hadapan.

PSSI menetapkan sistem perlawanan di pusingan kedua dengan format peringkat kumpulan atau round-robin, di mana 3 tempat teratas peringkat kedua kumpulan layak ke Liga 1 musim hadapan.

Bermula musim ini, Liga 2 menggunakan pemain bawah 25 tahun dengan maksimum 5 pemain lebih umur. Liga 2 juga tidak menggunakan khidmat pemain import.

Perssu Sumenep merupakan antara pasukan yang bertanding di Liga 2 Indonesia. Gambar: SatuPedia

Terdapat 39 kelab daripada 55 kelab yang berasal dari pulau Jawa, menggambarkan dominasi pulau dan penduduk Jawa di dalam negara ini yang berat sebelah.

Bekas jurulatih UiTM FC, Raja Isa Raja Akram Shah merupakan jurulatih bagi kelab Persekam Metro di Malang dan satu-satunya warga Malaysia menjadi jurulatih di Indonesia untuk musim ini.

Raja Isa Raja Akram Shah merupakan satu-satunya anak Malaysia yang menjadi jurulatih di Liga Indonesia ketika ini.

Liga 3 – Liga peringkat negeri

Sementara konsep Liga 3 musim ini lebih kepada liga peringkat negeri di Malaysia.

Setiap province akan mengadakan liga seperti di Jawa Timur terdapat 41 kelab tempatan, Yogyakarta (orang kita selalu sebut dengan Jogja) ada 10 kelab dan Bangka Belitung (siapa yang tengok Laskar Pelangi pasti kena tempat ini) ada 6 kelab.

Juara setiap province akan layak ke peringkat nasional bagi mewakili province masing-masing. Seperti Serian FA yang mewakili Sarawak, kemudian Gua Musang FA bagi Kelantan.

Tidak seperti Liga 1 dan 2 yang diurus oleh PSSI, Liga 3 ini diurus oleh province association masing-masing dengan hanya peringkat nasional sahaja yang diurus oleh PSSI.

Untuk peringkat nasional, masih belum diputuskan bagaimana konsep penentuan juara bagi musim ini.

Namun berdasarkan musim-musim lepas, setiap kelab perlu melalui peringkat kumpulan pertama dengan satu lokasi bagi setiap kumpulan.

Juara dan naib juara akan layak ke peringkat kumpulan kedua, sehingga 2 kumpulan tersingkir di peringkat kumpulan ketiga.

Juara liga ditentukan berdasarkan perlawanan akhir juara kumpulan masing-masing selepas tamat peringkat kumpulan ketiga.

Nota editor: Artikel ini merupakan tulisan saudara ‘Ariff Putra yang merupakan pensyarah di Univerisiti Kebangsaan Malaysia dan pernah melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda ke [email protected]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN