Bagaimana Sistem Liga Bola Sepak Indonesia Dilaksanakan?

Indonesia merupakan negara jiran kita dan negara terbesar di rantau Asia Tenggara.

Mereka sehingga kini belum pernah menjuarai Piala AFF. Kali ini kita akan mengenal serba sedikit konsep liga bola sepak di sana dan juga mengenai pembahagian divisyen di liga Indonesia.

Ia terdapat sedikit perbezaan memandangkan Indonesia memiliki keluasan sejauh 5 ribu kilometer dan bagaimana cara mengatur sistem liga di negara tersebut?

Sistem liga bola sepak di Indonesia pada musim 2017 ini adalah sistem tebaharu yang menggantikan sistem sebelumnya.

Sebelum ini FIFA telah mengharamkan bola sepak Indonesia di peringkat antarabangsa pada tahun 2015 akibat konflik kementerian sukan di Indonesia dengan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia.

Bagi sistem baharu ini, liga bola sepak Indonesia terbahagi kepada 3 divisyen iaitu Liga 1 yang ditaja oleh Go-Jek (syarikat motosikal sewa seperti Grab), Liga 2 yang ditaja oleh Indofood (syarikat pembekal makanan) dan Liga 3 (dikenali sebagai Liga Nusantara).

Bermula musim hadapan pula, Liga 2 akan dipecah kepada Liga 2 dan Liga 3, dan Liga 3 musim ini berganti nama kepada Liga 4.

Perlu diketahui, ada 34 buah jajahan di Indonesia dan ia mendorong kepada perubahan format pada musim 2018 seperti yang dinyatakan tadi.

Untuk rekod kejuaraan semenjak 2008, Persipura Jayapura di Papua menjadi juara sebanyak 3 kali.

Manakala kelab Arema Malang di Jawa Timur, Sriwijaya di Sumatera Selatan dan Persib Bandung di Jawa Barat menjadi juara sebanyak masing-masing sekali.

Berikut merupakan perubahan sistem Liga Indonesia dari musim 2017 ke 2018:

  • Liga 1 (musim 2017 – 18 pasukan) (musim 2018 – 18 pasukan)
  • Liga 2 (musim 2017 – 61 kelab) (musim 2018 – 24 kelab)
  • Liga 3 (musim 2018 – 37 kelab) liga ini merupakan liga baharu
  • Liga 4 (musim 2018 – belum diputuskan) juga merupakan liga baharu

Apa formatnya?

Liga 1 terdiri daripada 18 buah kelab, bermula pada 15 April 2017 dengan perlawanan Persib Bandung dan Arema Malang.

Pulau Jawa yang ada 6 jajahan sendiri mempunyai 8 kelab dan Jawa Timur sahaja ada 4 kelab (Arema di Malang, Persela di Lamongan, Gresik United di Gresik dan Madura United di Madura).

Setiap kelab perlu mengharungi 34 perlawanan, di mana juara liga layak ke peringkat kelayakan pusingan 1 AFC Champions League.

Bagi naib juara serta tempat ketiga layak ke peringkat kumpulan Piala AFC dan 3 kelab terbawah akan tersingkir ke Liga 2.

Setiap kelab akan ada maksimum 4 pemain import, dengan 1 pemain dari Asia dan 1 pemain marquee.

Contoh pemain marquee musim ini seperti Michael Essien (Persib Bandung), Peter Odemwingie (Madura United), Momo Sissoko (Mitra Kukar di Kutai, Kalimantan Timur) dan Didier Zokora (Semen Padang di Padang, Sumatera Barat).

Gambar: Pikiran Rakyat

Selain pemain import, sesetengah kelab ada pemain asing non-visa.

Ia berlaku disebabkan pemain tersebt telah mendapat kerakyatan atau paspot Indonesia.

Persib Bandung sendiri mempunyai 3 pemain asing non-visa iaitu Kim Kurniawan, Raphael Maitimo dan Sergio van Dijk disebabkan ibu mereka warga Indonesia.

Nota editor: Artikel ini merupakan tulisan saudara ‘Ariff Putra yang merupakan pensyarah di Univerisiti Kebangsaan Malaysia dan pernah melanjutkan pelajaran di Universitas Indonesia. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda ke [email protected]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN