Selepas 3 Tahun, AC Milan Kembali Juga Ke Saingan Bola Sepak Eropah!

Berita baik, AC Milan ke Eropah!

Selepas 3 musim tanpa sebarang aksi bola sepak Eropah di San Siro buat AC Milan, kelab yang cukup klasik dengan kejayaan di Eropah ini kembali semula ke saingan tersebut musim hadapan.

Semua ini terhasil selepas mereka berjaya mengesahkan tempat ke-6 dalam saingan Serie A dan kedudukan itu membolehkan mereka beraksi di pusingan kelayakan di Europa League.

Berhasilnya AC Milan ke Eropah selepas 3 musim ini nyata memberikan sinar kebangkitan yang perlahan namun berterusan buat pasukan ini untuk bangkit sebagai kuasa Eropah yang sudah lama tidur.

Detik sahnya AC Milan ke saingan Eropah apabila mereka menewaskan Bologna 3-0 di laman sendiri.

Gol-gol AC Milan terhasil selepas Gerard Deulefou, Keisuke Honda dan juga Gianluca Lapadula menjaringkan gol untuk tuan rumah.

Kejayaan ke Europa League adalah satu kejayaan yang amat diraikan oleh Vicenzo Montella dan anak-anak buah beliau.

Hal ini kerana, ia merupakan sasaran utama mereka pada awal musim ini.

Ia boleh dikatakan cukup realisitik memadangkan Montella dalam misi membina masa hadapan sebelum mensasarkan sasaran yang lebih tinggi selepas ini.

Apa-apa pun, selamat kembali ke Eropah!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN