10 Perpindahan Kontroversi Dalam Bola Sepak, Pemain Menyertai Pasukan Seteru

Kali ini kami bawakan 10 perpindahan kontroversi yang melibatkan perpindahan pemain ke kelab seteru secara terus.

1. Luis Figo (Barcelona ke Real Madrid)

Ia kekal antara perpindahan paling kontroversi di dunia. Figo melengkapkan perpindahan kontroversi ke Real Madrid dari Barcelona pada tahun 2000 dengan rekod perpindahan dunia ketika itu £37 juta.

Figo telah menjadi pemain terbaik Barcelona dalam 2 musim dan membantu Barca memenangi La Liga. Beliau juga sudah digelar bangsa Catalonians oleh penyokong Barcelona.

Ini kerana beliau secara terbuka menyokong kempen kemerdekaan Catalonia dari Sepanyol.

Baru-baru ini, Figo mendedahkan beliau menyertai Real Madrid kerana layanan daripada pengurusan Barcelona kepada pemain tidak sebagus Real Madrid.

Lebih ironik, Figo menerima Ballon d’Or atas tiket pemain Real Madrid. Ianya hasil daripada aksi cemerlang beliau di Barcelona sebelum itu.

Pada perlawanan pertama kepulangan beliau ke Camp Nou sebagai pemain Real Madrid, Luis Figo ditemani bunyi boo dari 98,000 ribu penyokong Barcelona.

Figo juga ‘dihadiahkan’ kepala khinzir.

2. Robin Van Persie (Arsenal ke Manchester United)

Dengan kontrak beliau yang semakin menuju ke fasa akhir. Arsene Wenger tidak panik kerana yakin pemain itu akan kekal di Arsenal.

Namun sebaliknya yang berlaku apabila Van Persie menolak untuk menandatangani kontrak baru dengan Arsenal. Beliau memberitahu akan bermain untuk pasukan lain pada musim berikutnya.

Berita ini membuatkan banyak kelab besar mahukan beliau. Van Persie dalam prestasi terbaik kerana kurang kecederaan ketika itu.

Namun yang mengejutkan Van Persie memilih untuk menyertai Manchester United. Sir Alex Ferguson membayar £24 juta untuk pemain tersebut.

Van Persie berkata:

“Saya sentiasa cuba mendengar apa kata budak di dalam hati saya. Ketika kontrak saya hampir tamat, budak itu menjerit ‘Manchester United’.”

Van Persie menjadi antara pembelian terbaik Ferguson dengan membantu Manchester United menjuarai EPL 2011/12.

3. Fernando Torres (Liverpool ke Chelsea)

2 pasukan ini ada permusuhan tersendiri selepas era Rafa Benitez dan Jose Mourinho.

Chelsea melakukan bidaan pada hari terakhir jendela perpindahan. Torres yang sebelum itu berikrar akan setia dengan Liverpool telah mengubah keputusan itu.

Torres telah menghantar surat minta dilepaskan ke Chelsea. Liverpool melepaskan Torres dengan yuran pepindahan £50 juta.

Namun impak Torres di Chelsea tidak sehebat di Liverpool. Beliau hanya melakukan 20 gol daripada 110 penampilan. Dipinjamkan ke AC Milan namun gagal mendapatkan kontrak tetap di sana.

Beliau akhirnya menyertai Atletico Madrid.

4. William Gallas (Chelsea ke Arsenal)

William Gallas memberitahu Chelsea dia mahu ke Serie A dan menolak untuk kekal di Chelsea. Namun beliau gagal untuk mendapatkan kelab di Serie A kerana permintaan gaji terlalu tinggi.

Apa yang dilakukan Gallas dia menyertai Arsenal. Sebelum ini, Arsenal pernah mahukan beliau sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk Ashley Cole namun gagal kerana permintaan gaji yang tidak munasabah.

Selepas menyertai Arsenal, Chelsea mengeluarkan kenyataan yang Gallas pernah mengugut mereka bahawa dia akan menjaringkan siri jaringan sendiri jika Chelsea tidak mahu menjual beliau.

Gallas pernah mengkritik Abramovich dengan menyatakan pemilik Chelsea itu lack of class.

5. Johan Cruyff (Ajax ke Feyenoord)

Permusuhan Ajax dan Feyenoord memang panas di Belanda. Selepas bermain di beberapa kelab di Eropah dan Utara Amerika.

Cruyff mengambil keputusan untuk pulang ke Ajax. Cryuff membantu Ajax memenangi 2 kejuaraan liga dalam kepulangan beliau kali ini.

Pada 1983, Ajax membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak Cruyff. Mungkin kerana marah dengan situasi ini, Cruyff menerima tawaran dari Feyenoord.

Cruyff membantu kelab tersebut menjuarai Eredivisie selepas sedekad gagal melakukannya. Pada musim terakhir di Feyenoord, Cruyff membantu Feyenoord memenangi kejuaraan berganda, Eredivisie dan Piala Liga.

Cruyff juga memenangi Anugerah Pemain Terbaik tahunan untuk kali ke-5.

6. Roberto Baggio (Fiorentina ke Juventus)

Pada 1990, Fiorentina membuat keputusan untuk menjual Roberto Baggio ke Juventus. Alasannya mudah, Juventus menawarkan rekod perpindahan dunia iaitu £8 juta.

Roberto Baggio sendiri tidak sukakan perpindahan ini pada awalnya dan menyatakan dia terpaksa menerima hakikat Fiorentina mahu menjual beliau.

Roberto Baggio pernah menolak untuk mengambil tugasan penalti ketika menentang kelab lamanya Fiorentina. Juventus tewas dalam perlawanan tersebut.

Ketika keluar dari padang dia mengutip satu mafla Fiorentina dan menciumnya. Baggio berkata:

“Jauh di sudut hati saya, ia masih berwarna ungu.”

Penyokong Juventus sangat marah dengan sikap beliau. Namun lama kelamaan Baggio mulai menyesuaikan diri dengan keadaan dan beliau menjadi kesayangan penyokong Juventus.

Baggio membantu Juventus memenangi Piala UEFA dan Serie A.

7. Ashley Cole (Arsenal to Chelsea)

Mungkin antara perpindahan paling kontroversi melibatkan pasukan London. Arsenal melabel ia perpindahan dari pintu belakang.

Ashley Cole bercakap dengan wakil kelab Chelsea termasuk Mourinho tanpa kebenaran Arsenal. Mourinho pernah didenda kerana hal itu.

Ashley Cole kemudian mendesak untuk dilepaskan ke Chelsea selepas 6 tahun bersama Arsenal. Beliau menjadi bek sisi paling lengkap di England ketika itu.

Apa yang membuatkan Arsenal marah adalah, Ashley Cole baru bersetuju dengan kontrak lanjutan dengan gaji £55,000 seminggu.

Akhirnya Cole berjaya berpindah ke Chelsea dengan menerima hampir 2 kali ganda bayaran di Arsenal iaitu £90,000 seminggu.

8. Carlos Tevez (Manchester United ke Manchester City)

Selepas perpindahan yang kontroversi ke West Ham. Tevez sekali lagi membuat perpindahan kontroversi pada 2009 iaitu dari Manchester United ke Manchester City.

Tevez menyatakan tidak ada salahnya beliau ke City kerana Manchester United tidak memerlukan beliau. Sir Alex Ferguson melengahkan kontrak lanjutan pemain tersebut.

Seelpas menjaringkan gol menentang City, penyokong United bersorak, sign him up!

Namun ia tidak menjadi kenyataan dan Tevez menyertai Manchester City. Sir Alex melabel Tevez menyertai kelab yang salah, jiran yang bising dengan mentaliti kecil (small mentality).

Tevez memberikan respon.

“Sir Alex tidak mahukan saya, tapi kenapa dia bising ketika saya menyertai Manchester City?”

Alasannya mudah, ia adalah musuh sebandar.

9. Sol Campbell (Tottenham ke Arsenal)

SPT_GCK_171101_
Spurs V Arsenal
Picture Graham Chadwick
Sol Campbell is hit with a beer bottle.

2 kelab ini adalah kelab yang paling kuat permusuhannya di utara London. Namun pada tahun 2000, Sol Campbell membuat perpindahan kontroversi.

Ianya selepas beliau pernah mengeluarkan kenyataan beliau tidak akan pernah sesekali bermain untuk Arsenal.

Namun selepas 9 tahun di Arsenal, Sol Campbell menyatakan, dia mahu ke Arsenal kerana mahu bermain UCL. Beliau menyertai Arsenal secara percuma.

Penyokong Spurs menggelar beliau Judas!

10. Gonzalo Higuain (Napoli ke Juventus)

Gonzalo Higuain membuat perpindahan kontroversi dari Napoli ke Juventus. Perpindahan tertinggi dalam sejarah antara kelab Serie A dengan harga £75.3 juta.

Penyokong Napoli kecewa kerana mereka menganggap Higuain sebagai pengkhianat dalam usaha Napoli membentuk pasukan untuk menyaingi Juventus.

Permusuhan Napoli dan Juventus menjadi kuat selepas sentimen yang ditanam ketika era Maradona.

Penyokong Napoli menghentam teruk Higuain di media sosial. Namun pemain itu mendedahkan, beliau menjadi mangsa keadaan.

Presiden kelab yang sebenarnya mahu menjual beliau kerana jumlah harga yang tinggi ditawarkan Juventus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN