FAM Umum Nelo Vingada Sebagai Ketua Jurulatih Harimau Malaya

Sebentar tadi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melalui laman sesawang rasmi badan induk berkenaan mengumumkan Ketua Jurulatih skuad kebangsaan yang baharu.

Eduardo Manuel Martinho Braganza de Vingada atau lebih dikenali sebagai Nelo Vingada adalah individu yang menjadi pertanyaan peminat dan penyokong bola sepak Malaysia sejak lebih sebulan yang lalu.

Dengan gelaran “The Professor”,  Nelo Vingada bukanlah watak asing dalam kancah bola sepak di rantau Asia.

Kredit: Football Association of Malaysia (Official)

 

Vingada pernah menjadi jurulatih skuad senior Arab Saudi (1996-1997), skuad Olimpik Mesir (2004-2005, skuad senior Jordan (2007-2009) dan juga skuad olimpik Iran (2014) sepanjang tempoh 35 tahun karier di dalam bidang kejurulatihan.

Nelo Vingada turut pernah mengendalikan skuad kebangsaan Portugal pada tahun 1993 sehingga tahun 1994.

Di peringkat kelab, Nelo Vingada juga pernah mengendalikan FC Zamalek dalam kancah Liga Perdana Mesir, FC Seoul dalam kancah K-League, Persepolis FC di Iran dan juga Dalian Shide FC di Liga Super China.

Nelo Vingada mengendalikan NorthEast United FC di Liga India sebelum menerima tawaran FAM sebagai pengendali tetap skuad kebangsaan.

(Photo by NurPhoto/NurPhoto via Getty Images)

Vingada, berumur 64 tahun berasal daripada Serpa, Portugal. Seorang jurulatih yang kaya dengan pengalaman, beliau dikenali sebagai seorang yang tegas dan berterus terang dengan pemain di bawah kendaliannya.

Karakter beliau yang serius dalam menjalankan tugas dianggap adalah aset penting dan sesuai oleh pihak FAM untuk mengemudi skuad kebangsaan Malaysia.

“Setelah menyelidiki senarai jurulatih (tempatan dan antarabangsa) yang berpotensi untuk jawatan Ketua Jurulatih Hariman Malaya, naluri saya menyatakan bahawa Vingada adalah individu yang sesuai”

“Saya mungkin silap. Tetapi biarlah masa yang menentukan”, ujar Presiden FAM, DYAM Tunku Mahkota Johor.

Vingada dalam satu kenyataan turut berkata:

“Saya mahu berterima kasih kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memanggil dan bertemu dengan saya di Johor baru-baru ini. Ia adalah satu penghormatan untuk melatih skuad kebangsaan Malaysia.”

“Ada banyak tugasan yang perlu dilakukan dan saya sudah tidak sabar untuk turun menjalankan tugas dan tanggungjawab saya.”

Nelo Vingada akan tiba di Malaysia pada 25 Mei 2017 untuk memulakan tugas beliau secara rasmi sebagai Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya.

Tugasan pertama Vingada ialah untuk membawa skuad Harimau Malaya ke Pyongyang untuk aksi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN