Bayangkan senario ini:
Pemain A diasak/dikasari oleh pemain B. Marah dengan asakan/kekasaran pemain B, pemain A bertindak balas terhadap kekasaran tersebut.
Mana-mana peminat bola sepak tegar pasti akan mengaku senario ini selalu berlaku dalam bola sepak. Bukan dalam Liga Malaysia sahaja. Dan apabila pemain A bertindak balas, pasti perlawanan akan menjadi ‘panas’.
Perlawanan akan menjadi bertambah panas apabila pengadil menentukan hukuman pemain A lebih berat berbanding pemain B. Apabila ini terjadi, pengadil akan menjadi mangsa kecaman penyokong pasukan A.
Tetapi pernahkah kita terfikir apa yang menyebabkan pengadil bertindak sedemikian? Pernahkah kita merujuk buku Laws of The Game (pindaan terbaru) yang disusun FIFA sebelum mengkritik?
Untuk tujuan itu, kami bawakan analisis Pengarah Projek Istimewa FMLLP dan bekas pengadil tersohor Malaysia, ‘Cikgu’ Amir Sharifuddin Wong yang mengulas tentang topik ini.