5 musim terakhir, trofi Bundesliga disimpan di kabinet Bayern Munich. Bayern Munich berjaya menyelesaikan urusan Bundesliga musim ini setelah membelasah Wolfsburg 0-6 di tempat lawan.
Ianya seperti lepas geram selepas tewas dalam Der Klasiker di tangan Dortmund sebelum ini. Kekalahan yang menyaksikan mereka tersingkir di separuh akhir DFB Pokal.
Ini menjadikan Bayern sebagai pasukan pertama memenangi Bundesliga untuk 5 musim berturut-turut.
Ini menguatkan lagi stereotaip bahawa Bundesliga terlalu mudah untuk Bayern Munich meskipun mereka pada awal musim ini diberikan tentangan hebat oleh RB Leipzig, Dortmund dan Hoffenheim.
Bayern Munich bangkit pada separuh kedua musim dan terus meninggalkan pencabar-pencabar mereka yang lain.
Kejuaraan ini juga yang ke-27 dalam sejarah kelab Bayern Munich. Phillip Lahm kini sebaris dengan nama seperti Mehmet Scholl, Oliver Kahn dan Bastian Schweinsteiger untuk memenangi 8 kejuaraan Bundesliga.
Sebelum perlawanan ini, mereka sudah berjaya mengikat Thiago Alcantara yang dikaitkan dengan Real Madrid.
Manakala Carlo Ancelotti turut diberikan jaminan oleh Bayern bahawa masa depan beliau di Bayern Munich langsung tiada persoalan.
Sebelum ini media membuat spekulasi bahawa masa depan Ancelotti di Bayern Munich sedikit terancam selepas tersingkir dari UCL.
Fokus Ancelotti selepas ini adalah untuk membentuk pasukan pada 2018 selepas pembelian beberapa pemain baru secara pra-perjanjian. Beberapa nama besar dijangka akan dibawa masuk selepas ini.
Mereka juga ada deretan nama pemain muda yang menunggu masa untuk diberikan peluang seperti Kimmich dan Renato Sanchez.
Tahniah Bayern Munich!
Baca juga: Sunderland Pasukan EPL Pertama Tersingkir! Apa Ironinya Dengan Manchester United?