Penyokong Tottenham Ini Cedera Teruk Dipukul Selepas Disangka Penyokong Chelsea

Satu perkara yang kami tidak gemar dan tak mahu dengar dalam dunia bola sepak.

Keganasan bola sepak nyata satu perkara yang pada satu ketika kami merasakan ia sukar untuk dikawal.

Seorang penyokong Tottenham Hotspur telah mengalami kecederaan serius selepas teruk dipukul.

Michael Voller yang berusia 23 tahun mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas ditumbuk oleh sekumpulan penyokong Tottenham Hotspurt selepas perlawanan separuh akhir FA Cup diantara pasukan tersebut dengan Chelsea.

Nanti sekejap, penyokong Tottenham Hotspur tumbuk penyokong Tottenham Hotspur?

Ya benar, Voller ditumbuk selepas beliau disangka merupakan seorang penyokong Chelsea!

Kecederaan yang dialami oleh Voller cukup teruk sehingga menimbulkan kerisauan pihak polis.

Beliau mengalami lebam di kedua-dua belah mata beliau serta tulang dagunya patah.

Selain itu juga, tengkorak kepala beliau juga mengalami retak.

Kecederaan yang diterima Voller.

Kecederaan beliau sememangnya teruk. Hal ini kerana, walaupun Voller sudah pun keluar dari hospital namun pihak polis masih risau akan kecederaan beliau yang dikatakan oleh memberi kesan kepada penglihatan Voller untuk jangka masa panjang.

Individu yang dikatakan menumbuk Voller itu adalah seorang pemuda berkulit putih yang memakai jaket hitam dan bertopi.

Suspek tersebut kini sedang diburu pihak polis.

Semoga Voller cepat sembuh dan juga dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Baca juga: 5 Keputusan Kontroversi Pengadil Yang Menggemparkan Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN