Teknologi semakin hari semakin maju dan bola sepak juga turut menerima tempias yang sama.
Terbaharu, teknologi Video Assistant Referee menjadi perhatian seluruh dunia dan kini seringkali percubaan dilakukan terhadap sistem itu.
Liga Malaysia juga turut bakal melakukan percubaan terhadap proses itu apabila separuh akhir Piala Malaysia mengambil tempat.
Piala Dunia 2018
Menurut Presiden FIFA, Gianni Infantino teknologi VAR itu bakal digunakan dengan sepenuhnya ketika Piala Dunia 2018 di Rusia.
“Pada Piala Dunia 2018 di Rusia, kita akan gunakan teknologi VAR selepas hasil dari percubaan itu cukup positif.”
Teknologi VAR ini telah pun menjalani beberapa kali percubaan dengan aksi perlawanan akhir Piala Kelab Dunia diantara Real Madrid dan juga Kashima Antlers.
Infantino begitu yakin yang teknologi VAR ini bakal memberi manfaat kepada bola sepak apabila teknologi ini bakal merangkumi hal-hal seperti kad merah, jaringan gol, sepakan penalti dan juga kesilapan identiti.
Walaupun begitu, terdapat satu perkara yang menjadi masalah kepada VAR ini.
Hal tersebut adalah masa yang diambil terlalu lama oleh pengadil untuk mendapatkan keputusan daripada VAR.
Perkara ini memaksa FIFA untuk menyelesaikan masalah ini supaya ia tidak memberikan gangguan kepada kelancaran perlawanan.
Baca juga: 5 Keputusan Pengadil Yang Menggemparkan Dunia