Azamuddin Akil menjadi watak penting JDT dalam membantu mereka mengekalkan cengkaman di puncak liga.
Separuh masa pertama
Pulau Pinang melakukan cubaan awal menerusi Shukur Saidin minit ke-4, pemain ini melakukan cubaan dari luar kotak penalti dan termuntah dari dakapan Izham Tarmizi. Tiada susulan dibuat.
2 minit kemudian, Gonzalo Cabrerra menjaringkan gol menerusi tandukan di far post menewaskan Sani Kamsani.
Ianya hasil daripada hantaran lintang Azamuddin Akil. Pada minit ke-14, Sani berjaya menghalang cubaan dari Gabriel Guerra.
Pada minit ke-25, Azamuddin menambah jaringan ke-2 pasukan JDT. Ianya selepas kelonggaran kawalan pemain Pulau Pinang ke atas Aidil. Aidil menanduk bola tanpa dikawal. Aidil kemudian melakukan rebound dan disudahkan Azamuddin.
Pada minit ke-39, Pulau Pinang mendapat peluang untuk merapatkan kedudukan selepas dihadiahkan sepakan penalti.
Kapten pasukan Pulau Pinang, Mohd Raffiudin menyempurnakan penalti itu dengan tenang.
Separuh masa pertama berakhir dengan 1-2.
Separuh masa kedua
Bermula separuh masa kedua, Pulau Pinang memulakan perlawanan dengan positif dan lebih awal mencipta peluang gol.
Pada minit ke-51, Azamuddin Akil dikeluarkan dan memasukkan S. Chanturu.
Larian deras Fazly Mazlan mencipta peluang terhidang kepada Guerra, namun cubaan beliau meliar.
Pulau Pinang terpaksa meneruskan perlawanan dengan 10 pemain selepas Redzuan Suhaidi tecedera dan pasukan mereka sudah melakukan 3 pertukaran.
Tiada tambahan gol dari kedua-dua pasukan untuk baki perlawanan pada separuh masa kedua. JDT menang 1-2 dan kekal di puncak Liga.
Fakta
– Pulau Pinang sah tersingkir daripada slot Piala Malaysia
– JDT menang 7 perlawnaan terakhir mereka dalam MSL selepas kekalahan di tangan Perak
– Pulau Pinang terus gagal menang ke atas JDT dalam MSL. Kali terakhir mereka berbuat demikian adalah pada Januari 2010.
– Pulau Pinang masih tidak menang dalam kesemua perlawanan mereka di tempat sendiri dalam Liga Super.
Seterusnya
JDT akan meneruskan kempen Piala AFC mereka menentang Magwe selepas ini. Manakala Pulau Pinang akan berhadapan dengan Felda United. Satu-satunya pasukan yang mereka tewaskan dalam Liga Super musim ini.