Pengendali Manchester City menghamburkan kata-kata pujian ke atas Alexis Sanchez dalam sidang media sebelum perlawanan Manchester City menentang Arsenal.
Kedua-dua pasukan akan bertarung hari ini untuk menentukan siapa akan menentang Chelsea di final Piala FA.
Pep Guardiola pada masa yang sama dikatakan berminat mendapatkan dengan Alexis Sanchez. Sanchez masih belum menandatangani sebarang kontrak lanjutan dengan Arsenal.
Guardiola memberikan gambaran bahawa beliau memang kagum dengan prestasi semasa Alexis Sanchez. Pep berkata:
“Bagaimana kelab besar memperbaiki prestasi mereka? Sudah tentunya dengan pemain yang hebat. Semua kelab besar tahu akan hakikat ini.”
“Apabila pemain-pemain nama ‘besar’ datang ke Barcelona, mereka sudah maklum akan kehebatan Messi. Mereka tahu Messi adalah bakat yang unik.”
“Namun saya boleh katakan Alexis Sanchez hanya selangkah di belakang Messi. Alexis pemain yang luar biasa dan saya sangat gembira dengan prestasi dia di Arsenal terutama sekali rekod jaringan dia musim ini.”
“Adakah saya berminat dengan pemain seperti beliau? Cuba letakkan Kevin De Bruyne dalam situasi Sanchez, 1 tahun baki kontrak tanpa menandatangani kontrak lanjutan.”
“Agaknya, ada berapa banyak pasukan besar di luar sana yang akan berminat?”
Sanchez kini sudah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan musim ini. Tetapi malangnya Arsenal masih bergelut di tempat ke-7 EPL.
Sepakan percuma memukau Sanchez ketika menentang Middlesbrough antara magis yang diingati dan dikehendaki oleh Guardiola berlaku dalam pasukan beliau.
Sanchez dan Guardiola turut pernah bekerjasama ketika di Barcelona.
“Ia perlawanan yang sukar, sepakan percuma beliau, gol dan perlawanan tamat (game over).”
“Pemain yang hebat biasanya akan melakukan magis seperti ini. Itu bezanya mereka dengan pemain yang biasa. Sanchez sudah berada di tahap tersebut.”
Baca juga: Thailand FA Ikat Tenaga Pakar Malaysia, Serap Lim Kim Chon Dalam Pasukan Kejurulatihan