Michael Essien & Carlton Cole Mungkin Dikenakan Hukuman Penjara Di Indonesia

Perkara ini mungkin perkara yang tidak mahu didengar oleh peminat Persib Bandung.

Hal ini kerana, 2 bintang import mereka bakal dikenakan hukuman penjara di Indonesia!

Bekas pemain Chelsea Michael Essien dan juga bekas pemain West Ham United, Carlton Cole dijangka bakal menjalani hukuman penjara sekiranya didapati bersalah melanggar kesalahan di Indonesia.

Kesalahan yang dilakukan adalah mengenai peraturan imigresen di negara tersebut.

Essien dan Cole dikatakan telah melanggar peraturan tersebut selepas Persib Bandung telah melakukan kesalahan di dalam kertas kerja mengenai hal imigresen 2 pemain tersebut.

Seterusnya ia menyebabkan Persib Bandung menurunkan pemain yang tidak sah ketika perlawanan tempoh hari.

Untuk rekod, Essien dan Cole telah beraksi untuk Persib Bandung ketika seri 0-0 menentang Arema tempoh hari.

“Pada 18 April tempoh hari, pihak Persib Bandung tidak memohon permit penduduk tetap untuk kedua-dua pemain,” kata Ketua Imigresen Indonesia – Maulia Purnamawati.

“Sebaliknya, mereka hanya memohon permit pelawat yang hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja.”

Kata Maulia lagi, Essien dan Cole perlu mempunyai permit penduduk tetap untuk berkerja di Indonesia memandangkan mereka hadir sebagai pemain profesional.

Bagi pihak Persib Bandung, perkara ini tidak sepatutnya diperbesarkan kerana kehadiran Essien dan Cole telah menaikkan nama Indonesia di mata dunia.

“Mereka hadir dengan reputasi hebat menaikkan nama Indonesia di mata dunia.”

“Semua orang tahu mereka adalah pemain terbaik dunia, bukan pendatang haram.”

Namun begitu, pihak Imigresen Indonesia pasti tidak mampu berkomporomi dengan isu ini. Pada mereka, kesalahan tetap kesalahan.

Jika Essien dan Cole didapati bersalah, mereka bakal dikenakan hukuman maksimum penjara 5 tahun.

Ketika ini, kedua-dua pemain ini tidak dapat diturunkan buat masa ini sehingga siasatan mengenai kes ini selesai.

Baca juga: Keputusan Gelanggang Korea Utara Lawan Malaysia Bakal Diketahui Hujung Minggu Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN