Keputusan Gelanggang Korea Utara Lawan Malaysia Bakal Diketahui Hujung Minggu Ini

Dikala semua negara Asia yang menyertai pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2019 sudah pun selesai menjalani perlawanan pertama mereka, ada satu lagi perlawanan yang belum dilangsungkan.

Perlawanan tersebut adalah aksi diantara pasukan Korea Utara dan juga pasukan Malaysia.

Perlawanan yang dijadualkan pada 28 Mac yang lalu di Pyongyang itu ditangguhkan ke satu tarikh yang belum lagi diputuskan selepas berlaku ketegangan politik diantara 2 negara.

Hal ini berlaku selepas kematian Kim Jong-Nam yang merupakan ahli keluarga Kim Jong-Un yang merupakan pemimpin agung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) – 13 Februari lalu.

Hujung minggu

Menurut Bernama, keputusan gelanggang berkecuali untuk perlawanan Korea Utara-Malaysia ini bakal diketahui pada hujung minggu ini.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John berkata yang pihak AFC masih lagi berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) dan juga pihak FAM mengenai potensi lokasi perlawanan yang baharu.

Tetapi menurut beliau, keputusan tersebut bakal diketahui pada hujung minggu ini.

Terdahulu, terdapat ura-ura yang perlawanan Korea Utara-Malaysia ini bakal diadakan di lokasi seperti di China dan juga Hong Kong.

Korea Utara dan Malaysia diundi bersama-sama di dalam kumpulan B dalam fasa terakhir untuk ke Piala Asia.

Selain dari 2 negara tersebut, Lubnan dan juga Hong Kong turut menghuni kumpulan B.

Keputusan perlawanan diantara Lubnan dan juga Hong Kong yang lalu dimenangi oleh Lubnan dengan jaringan 2-0.

Baca juga: SPRM: “Pelaku Rasuah Bakal Dikenakan Tindakan Lebih Agresif”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN