Kemenangan 2-1 ke atas Wigan Athletic dan keputusan seri melibatkan Huddersfield telah membolehkan Brighton menjadi pasukan yang pertama berjaya memenangi promosi mara ke EPL musim hadapan.
Kali terakhir pasukan ini bermain dalam EPL adalah pada musim 1982/83. Ianya adalah 34 tahun yang lalu.
Lebih menyakitkan hati apabila pasukan ini menjadi pasukan paling banyak beraksi dalam play-off ke EPL dalam 4 musim terakhir.
3 kali mereka beraksi dalam play-off dalam 4 musim terakhir, kesemuanya berakhir dengan kegagalan.
Tahun lalu mereka dipintas daripada kelayakan automatik pada hari terakhir liga Championship dengan beza hanya 2 perbezaan jaringan dengan Middlesbrough.
Namun kali ini, mereka meraikan promosi walaupun terpaksa menunggu perlawanan Derby dan Huddersfield berakhir. Ini kerana perlawanan tersebut berlangsung lewat.
Keputusan seri di antara Derby dan Huddersfield setelah Derby menyamakan kedudukan pada lewat perlawanan. Penyokong dan para pemain Brighton menjadikan Falmer Stadium sebagai tapak pesta.
Mereka menonton perlawanan tersebut di skrin besar.
Orang yang paling gembira selain daripada penyokong, sudah pastilah pemilik Brighton, Tony Bloom (gambar) yang telah memiliki kelab ini sejak 20 tahun yang lalu.
Bloom telah membelanjakan £250 juta untuk stadium, akademi dan beberapa perlaburan yang menjurus kepada pembangunan kelab.
Beliau mengalami banyak kerugian dalam tempoh 20 tahun memiliki kelab ini. Namun beliau tetap percaya yang suatu hari nanti, kelab ini akan bersaing di EPL.
Mereka juga memenangi hadiah wang tunai sekitar £170 juta kerana kejayaan promosi ini.
Bloom memberikan penghargaan tidak terhingga kepada Chris Hughton:
“Beliau telah melakukan kerja yang luar biasa sepanjang 2 setengah musim di sini. Semangat dalam pasukan ini luar biasa dan beliau berjaya melalui musim liga yang sukar musim ini. Beliau berhak diberikan penghargaan.
“Sekarang fokus kami adalah untuk cuba menjuarai liga ini. Ia pasti akan lebih indah jika mara ke EPL dan pada masa yang sama menjuarai Liga Championship.”
Baca juga: Der Spiegel Dedahkan Ronaldo Pernah Membayar $375,000 Tutup Mulut Mangsa Rogol