Semalam melalui twitter rasmi Terengganu City FC, kelab tersebut mengumumkan perletakan jawatan Naib Presiden kelab mereka.
Beliau adalah Encik Muhammad Dede Ellanne Zainuddin. Beliau adalah pengasas bersama kelab yang berpangkalan di Terengganu ini.
Dalam kenyataan media beliau, Dede Ellane menyatakan, keputusan berat itu terpaksa diambil kerana mahu menumpukan perhatian kepada karier arkitek beliau. Dede Ellane berkata:
“Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Timbalan Presiden dan juga ahli jawatankuasa induk kelab bola sepak Terengganu City FC berkuatkuasa hari ini (13/4/2/017).”
“Ini untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada kerjaya saya sebagai seorang arkitek.”
“Walaupun berat hati bagi saya untuk meninggalkan kelab ini. Tetapi ia adalah jalan yang terbaik bagi semua pihak untuk mengurus kelab ini ke arah yang lebih baik InsyaAllah.”
“Oleh itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pegawai dan pemain yang mempunyai hati yang besar dalam bersama-sama membangunkan kelab ini.”
“Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada semua terutama sekali penyokong-penyokong yang telah memberikan sokongan sejak hari pertama penubuhan kelab ini.”
“Saya akan sentiasa menyokong Terengganu City FC walaupun di mana saya berada.”
Terengganu City FC adalah kelab komuniti yang berjaya menarik perhatian ramai pihak. Ini apabila beberapa pemain yang ada nama di persada bola sepak domestik menyertai mereka.
Antaranya adalah Syamsuri Mustafa, Zairo Anuar Zalani dan Haris Safwan. Mereka kini bermaim dalam Liga FAM.
Kedudukan semasa, Terengganu City FC berada di tangga ke-2 di belakang PJ Rangers selepas 4 perlawanan.
Baca juga: Khalid Jamlus: Impian Besar Tak Terlaksana, Tetap Menggegar Kuat Di Bumi Sendiri