Kepada penyokong Manchester United:
Masihkah anda ingat kepada Paul Tierney?
Jika anda tidak ingat, biar kami ingatkan anda.
Paul Tierney adalah bekas pemain Man Utd dari Ireland. Bermain di posisi bek kiri, beliau merupakan Pemain Muda Terbaik untuk akademi Manchester pada tahun 2002.
Ketika itu, Tierney disebut-sebut akan menggantikan Ian Harte. Bek kiri pasukan kebangsaan Ireland pada ketika itu. Jika anda masih ingat, Ian Harte terkenal dengan sepakan percuma derasnya.
Tetapi karier Tierney tidak berganjak melepasi skuad utama United ketika itu. Selepas melalui debut yang teruk ketika menentang West Brom dalam Carling Cup (United kalah 2-3), Tierney tidak muncul lagi dalam skuad utama.
Dia dipinjamkan ke beberapa kelab bawahan sehinggalah kontraknya habis. Selepas itu, tiada siapa lagi yang ingat Paul Tierney. Kecuali seorang kumpulan muzik indie dari Scotland, The Lonely Tourist.
Kisah Paul Tierney diabadikan dalam satu lagu indie dendangan The Lonely Tourist. Dengan loghat Scottish yang pekat, kisah hidup beliau dikenang dalam bait-bait lirik lagu tersebut.
Kisah Paul Tierney adalah kisah klasik bintang muda yang potensinya terbantut.
Kita sendiri banyak menyaksikan bintang-bintang muda yang akhirnya tidak ke mana. Antara sebabnya: kecederaan, ego, peluang bermain disekat, masalah disiplin, salah memilih kawan atau karier yang memuncak terlalu awal.
Ingat Titus James?
Baca juga: Lihat Detik Ronaldinho Memalukan David Seaman Pada 2002