Pengadil Digantung, Kesilapan Asas Tidak Memberikan ‘Retaken’ Kepada Newcastle

Dalam perlawanan Liga Championship di antara Newcastle dan Burton, satu pengadilan lemah telah berlaku berkaitan dengan peraturan retaken.

Ia memang kesilapan terlalu asas dalam pengadilan. Pengadil perlawanan, Keith Stroud telah membatalkan penalti Newcastle tanpa memberikan sepakan semula (retaken).

Ianya selepas Dwight Gayle memasuki kawasan kotak penalti lebih awal ketika Matt Ritchie melakukan sepakan penalti.

Stroud sepatutnya mengarahkan penalti diambil semula dalam insiden tersebut yang menyaksikan ada gol dilakukan.

Namun sebaliknya Stroud memberikan indirect freekick kepada Burton. Itu lagi pelik. Tidak ada pasukan melakukan sepakan percuma terus dari kawasan gol mereka terus menerjah gawang lawan.

PGMOL keluarkan kenyataan

Suruhanjaya pengadil liga iaitu, Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) telah mendapati pengadil melakukan kesalahan yang tidak boleh diterma.

PGMOL telah mengeluarkan nama Keith Stroud dari tugasan untuk minggu ini. Kenyataan rasmi PGMOL berbunyi:

“Dalam perlawanan Championship di antara Newcastle dan Burton Albion. Pengadil Keith Stroud telah menghadiahkan Newcastle penalti pada minit ke-29.”

“Ketika Matt Ritchie mengambil sepakan, Dwight Gayle memasuki kotak penalti sebelum sepakan dilakukan. Sepakan percuma tidak terus (indirect) diberikan kepada Burton.”

“Dalam buku Law Of The Game, dengan jelas menyatakan penalti itu harus diambil sekali lagi.”

“Dukacitanya, pengadil telah tersilap dalam mengaplikasikan peraturan di dalam situasi tersebut. Keith dan pasukan beliau menyesali kesilapan ini.”

“Keith mengakui hilang fokus di dalam situasi tersbut dan telah meminta maaf di atas kesilapan itu.”

 

Matt Ritchie tetap menjadi hero Newcastle kerana gol beliau pada separuh masa kedua telah memberikan kemenangan kepada Newcastle.

Newcastle kembali memintas Brighton di carta liga. Burton juga turut menang sebelum itu.

https://youtu.be/9vj4VUt0Hnw

 

Baca juga: Presiden FAM Akan Adakan Sesi Bertemu Penyokong Di Sabah Sabtu Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN