Gara-Gara Arsene Wenger Terlupa Lantik Kapten Ganti Koscielny, Arsenal Didenda £300

Angka denda £300 mungkin terlalu sedikit untuk kelab segah Arsenal kerana terlupa lantik kapten. Namun kesalahan yang mereka lakukan adalah sesuatu yang tidak patut berlaku dalam pengurusan Arsene Wenger.

Tapi itulah bola sepak. Kadangkala perkara semacam ini boleh terjadi walaupun pengurus anda adalah Arsene Wenger yang sudah berpuluh tahun menjadi pengurus.

Dalam perlawanan Ahad lalu menentang Manchester City, Arsenal telah terlupa untuk memberikan lilitan kapten kepada pemain lain selepas mereka mengeluarkan Koscielny.

Ini membuatkan Arsenal beraksi sepanjang separuh masa kedua tanpa Kapten.

Koscielny tidak dapat meneruskan perlawanan kerana kecederaan buku lali. Beliau digantikan dengan Gabriel.

Akibat bermain tanpa kapten sepanjang separuh masa kedua, Arsenal telah melanggar undang-undang EPL di bawah peraturan berkaitan identifikasi pemain.

FLA telah mewajibkan agar setiap pasukan yang bermain perlu ada kapten. Kapten pula wajib memakai lilitan yang telah desediakan oleh EPL sahaja.

Arsenal’s French defender Laurent Koscielny (C)

Lilitan kapten ini bermaksud, pemain tersebut sahaja yang akan menjadi orang yang akan bercakap dengan pengadil untuk isu-isu teknikal di dalam padang.

Arsenal didenda £300 untuk kesalahan pertama. Untuk setiap kesalahan yang sama, jika berulang jumlah tersebut akan berganda dan berganda.

£300 menjadi £600. Selepas itu menjadi £1200 dan kemudian £2400 dan seterusnya.

Ditanya wartawan siapakah sepatutnya menjadi kapten Arsenal pada hari tersebut menggantikan Koscielny.

Wenger menyatakan beliau sendiri terlupa tentang hal itu dan terlepas pandang untuk memilih kapten pada separuh masa kedua.

Di kala ada segelintir wartawan ketawa dengan soalan tersebut, Wenger pula memuji wartawan yang mengemukakan soalan tersebut. Beliau berkata:

“Tak Apa! Ianya salah yang bagus. Hari itu (ketika hari menentang City), tiada siapa pun yang bertanya kepada saya, siapa sepatutnya menjadi kapten.”

Difahamkan, Koscielny telah mengambil tanggungjawab untuk membayar denda tersebut kerana beliau terlupa untuk menyerahkan lilitan kapten kepada pemain lain.

Dengan gaji £75,000 seminggu di Arsenal, ianya hanya pendapatan Koscielny selama 40 minit.

Baca juga: Mario Gomez Nafi Minta Bayaran Tinggi, Jelaskan Cuma Mahu Kontrak Lebih Panjang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN