Neymar Mahukan Coutinho, Tetapi Messi Mahukan Dybala

Messi mahukan Dybala untuk menyertai beliau di Barcelona. Sentimen Brazil dan Argentina menjadi agenda dalam kem Barcelona.

Sebelum ini, Neymar dengan terbuka menyatakan mahu bermain bersama-sama dengan Coutinho di Camp Nou.

Keserasian Coutinho dan Neymar teserlah di peringkat antarabangsa. Gandingan yang menjadi kunci kejayaan Brazil untuk menjadi pasukan pertama yang mara ke Piala Dunia.

Neymar dan Coutinho juga telah bermain bersama di peringkat antarabangsa sejak di peringkat remaja.

Neymar dan Coutinho

Sebelum ini presiden Barcelona mahu mendapatkan pemain bintang untuk dibawa masuk ke kem Barcelona.

Dengan kedudukan kewangan mereka yang terpaksa menampung kontrak dan gaji pemain yang besar, mustahil untuk mereka mendapatkan kedua-dua bintang ini.

Ini kerana, harga untuk 2 pemain ini pastinya mungkin boleh mencecah  £110 juta!

Financial fair play menghalang perbelanjaan melebihi 70% daripada pendapatan kelab. Sebelum ini Barcelona sudah melanjutkan kontrak Neymar dan Luis Suarez.

Mereka dalam proses untuk melanjutkan kontrak Messi yang dijangka akan membolehkan bintang Argentina itu mendapat sekurang-kurangnya £360,000 seminggu selepas cukai.

Ia sudah pasti akan memberikan impak yang besar kepada akaun pasukan.

Lionel Messi sebelum ini mengambil kesempatan untuk memujuk Dybala menyertai beliau di Barcelona ketika minggu antarabangsa.

Dybala adalah prospek yang dikehendaki oleh banyak kelab. Ini termasuk Real Madrid yang menjadikan pemain ini sebagai pilihan kedua selepas Eden Hazard.

Dengan Hazard yang sudah menyatakan beliau akan kekal di Chelsea. Bermakna, Real Madrid mungkin akan memburu Dybala.

Pemain 23 tahun ini diletakkan dengan harga tidak kurang £40 juta. Kami percaya harga beliau akan melonjak jauh lebih tinggi daripada angka tersebut.

Juventus bukanlah pasukan yang terlalu tertutup untuk menjual bintang mereka. Mereka telah menjual ramai pemain jika kena pada harganya.

Baca juga: 5 Jurulatih Yang Lepaskan Jawatan Di Kelab Untuk Pasukan Kebangsaan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN